EP 10 of Asrama The Series!! Enjoy reading guys!!
![]() |
If I
could be any part of you , I’d be your tears . To be conceived in your heart ,
born in your eyes , live on your cheeks , and die on your lips. - Tengku Akif Zainuddin
|
Dewan makan agak kosong. Kelihatan cuma tinggal beberapa
kerat je pelajar yang masih menikmati makan malam sambil berborak-borak kosong,
sesekali kedengaran gelak ketawa mereka bergema memenuhi dewan, entah dimana
lucunya dia pun tak tahu.. Akid mengunyah nasinya perlahan, lauk yang masih
banyak di tepi pinggan cuma dikuis-kuis dengan hujung sudunya. Selalunya dia
amat berselera bila mengadap hidangan daging kurma dengan ayam masak pedas.
Entah kenapa malam ni seleranya kurang. Mungkin sebab lewat petang tadi dia dah
makan kat cafetaria ngan Dani dan Adam sejurus habis prep.. Perutnya masih
terasa penuh. Itu pun tadi Adam yang beria nak belanja. Budak Adam ni bagus,
dia langsung tak berkira ngan kawan-kawan. Cuma ylah, kadang-kadang Akid plak
yang naik segan sebab da selalu sangat dia belanja itu ini..
Saat Akid leka mengunyah, dia dikejutkan dengan suara
seseorang menyapanya dari belakang.. “Hi Akid, Sorang je ke? Abang nak join
bleh?” .. Hmm budak schizophrenic rupanya. Banyak-banyak meja ngan kerusi yang kosang
kat dewan ni, sebelah aku jugak dia nak duduk! Brrr.. and please la stop
ber-abang-abang ngan aku, geli oiii, beza umur setahun je kut. Akid mengerutu
dalam hati tanpa memberikan sebarang reaksi.. Pertanyaan Akif sengaja dibiarkannya
tergantung.. Kalau nak duduk tu duduk je la, kerusi meja kat dewan ni untuk
kegunaan semua kot, perlu ke ber-permission bagai? Rupa aku ni ada rupa pemilik
harta benda kat dewan ni ke? Kalau la dewan ni ngan isinya aku yang punya, hmm
confirm malam ni ko dinner je kat tepi longkang! ..Ape ke lapuknya pikup line..
errr..
Sapaan tanpa jawapan. Akif terus menarik kerusi bersebelahan
dengan Akid lalu melabuhkan punggungnya. Akid masih terus diam membisu tanpa
sebarang reaksi. Suasana pegun yang amat awkward sebenarnya dan Akif sedar dia
harus mengambil lebih inisiatif untuk memecahkan keheningan itu. “Akid da habis
makan ke? Nasi ngan lauk cam tak luak je? Tak sedap ehh?” Akif cuba memulakan
perbualan sebelum mula menyuap nasi ke mulutnya. Akid hanya geleng kepala
perlahan, masih malas bersuara dan sekadar memberi isyarat kepada Akif yang dia
tak berselera. Sejujurnya dia masih amat kekok nak berhadapan dengan Akif kesan
daripada insiden* hitam dan putih yang pernah berlaku diantara mereka sedikit
masa dulu. Seriously buat masa ni dia tak ada idea langsung bagaimana harus
bereaksi didepan Akif, segala tindak tanduknya terasa janggal dan serba tak kena..
“Lauk tak sedap ke? Abang rasa okay je menu dinner malam ni. Yummy, sedap. Akid
makan la lagi, sikit je tu tinggal, nanti perut masuk angin kan susah.” Akif
berhenti menyuap. Sambil mengunyah perlahan, anak matanya menyorot perlakuan
Akid yang leka menguis nasi di pinggan. Kadangkala menyuap sebutir dua nasi
yang melekat di hujung sudunya.. Akid sedar budak Akif tu sedang memerhatikan
tingkah lakunya yang obviously awkward sedari tadi. Dia telan liur.. Gulppp..
“Socay, im full laa..” Akid menjawab pendek sambil memandang sekilas ke arah
Akif.. Akif membalas pandangan kosong itu dengan senyuman kecil lantas menyapu
lembut bekas palitan lauk kurma yang bersisa di tepi bibirnya. “Budak comot.”
Ujar Akif mengusik lalu mencuit hidungnya lembut. Errr.. boleh tak elakkan drama
sentuh menyentuh kat sini? Bebudak lain tengok nanti kang dorang kata apa
plak!? Brrrr.. Akid buat muka kurang selesa. Dan Akif yang sememangnya muka
tembok plus hati batu, memanjang tersenyum nakal sambil meneruskan kunyahannya
yang masih bersisa di dalam mulut. Puas hati agaknya setelah berjaya memecahkan
kebisuan Akid. Budak Jahat, Nakal, Over, gerutu hatinya. Senyuman Akif semakin
melebar melihat reaksi akid yang baginya memang lucu. Muka terkejut yang
takbleh blahh. Terkejut namun kulitnya yang cerah masih memerah menahan malu.
Malu kerana kantoi serabai atau malu kerana hidungnya dicuit, itu Akif tak
pasti. Hahaha, membisu la sangat, kan da kena.. hehehe.. Akif menyambung suapan
sambil mengusik-usik Akid. Hanya itu satu-satunya cara untuk memaksa Akid
bereaksi padanya buat masa ini. Takda cara lain lagi dah.. *Insiden biru 2x yang berlaku di bilik Imran ketua aras 4, insiden kulit pisang & insiden sickbay!
**Disebabkan malas nak bersesak-sesak dengan pelajar lain. Kebiasaannya Akid lebih selesa melewat-lewatkan waktu makan malamnya sekitar jam 7.30-8.00. Walaupun dewan tak kosong sepenuhnya namun keadaan lebih tenang dan aman tanpa adanya suasana crowded dan hiruk pikuk suara pelajar. Dia rimas dihurung suasana sebegitu.. kekadang bila Qalif free, dia turut temankan Akid makan, tapi bukan selalu la. Kebiasaannya Qalif sibuk dengan urusan biro pelajar, tak pun dengan urusan kelab dan persatuan, atau terikat dengan urusan lembaga kolej yang tak pernah berkesudahan. In short - Qalif memang memanjang sibuk! TITIK.. Kalau la watak Akid tak end up menjadikan bilik Qalif di aras 2 sebagai bilik keduannya, entah-entah watak Qalif dah lama terpadam dari siri Asrama nih. Heheh!.. So ungrateful Akid! Dush! Dush! Dush! Someone please report this guy to Qalif! Quickly now! Biar padan muka dia lepas ni tido sensorang! Teruknya perangai dia ni aek?!
Ahahaha, Wuteverrr occay..
Its my story aite? Biar laa.. *Libas rambut.. Gittew..
And as you’re told before, budak Akid ni memang boy in a
closet type. So u guys can slightly imagine, macam mana dia ni behave and react
in public engagement and affairs! Dia lebih selesa menyendiri, amat kurang
bercakap dan langsung tak pandai nak bersosial! Kalau ikut lidah melayu - ‘Kera
Sumbang’ mungkin reference word yang paling tepat kut! Ehhh?! Okay! Desg. ‘Kera
Sumbang’ itu amat keterlaluan occay. Melampau! Brrr =,=” Cut that there! Am I
that worst meyh? Duhhh.. Jahatnya panggil Akid camtu.. :’(
“Makan la lagi, sikit je tu tinggal.. Makan eahh.. Ke nak abang yang suapkan?” Akif sengaja mengusik lalu menayangkan sudu yang berisi nasi dengan lauk kepada Akid.. Brrr.. Akid jelir lidah sambil menjulingkan mata membalas usikan itu.. Akif tergelak, lucu dengan reaksi itu. Now that’s really Cute!! Desis hatinya! Untung mulut Akif tak berisi, kalau tak, pasti habis semuanya terhambur berterbangan singgah ke muka Akid! Padan muka, buat la lagi camtu! Akid hanya mampu tersenyum kecil, lucu melihat reaksi sepontan Akif and more than that dia juga lucu pada dirinya sendiri!
**Entah kenapa dia begitu senang dengan gaya dan cara Akif
yang pandai mengambil hatinya. Not just today, but all this time. Ada je
gurauan nakal dan usikan manjanya saat mereka bertembung di mana-mana dan
setiap kali itulah Akid merasa seperti ruang lingkupnya mulai terbuka kepada
dunia luar secara perlahan-lahan. Mungkin kerana nature Akif yang periang, nakal,
lasak dan kekadang manja mengalahkan kanak-kanak membuatkan figure budak itu
amat menyenangkan. Dan secara perlahan-lahan juga semua kualiti itu meresap,
berasimilasi dan bertindak memenuhi ruang-ruang kosong yang wujud di dalam
dirinya.. Akif.. Budak itu tanpa sengaja telah mengajarnya memandang kehidupan
melalui sudut yang amat berbeza. Sudut baru yang lebih indah untuk dinikmati
dan diteroka sebagai seorang remaja. Sudut yang berputar 360 darjah, kontra dari
standpoint kehidupan yang dikenalinya selama ini.. Dunia tiba-tiba terasa lebih
indah, lebih berwarna, lebih ceria, lebih bermakna dan Akid senang dengan
perasaan itu.
Akid mengerling ke arah Akif. Gelak budak tu masih bersisa. Jahat! - Ujarnya perlahan. Akif mengulum senyuman sambil meneruskan kunyahannya. Berselera nauu budak ni makan ekk? Makan tu tak payah la senyum-senyum bagai. Kang tercekik, haaa, dah jadi 1 kerja nak antar pergi sickbay. Macam ni pnye gaya makan, bila masa la nasi tu nak habis kalau memanjang tersenyum-senyum dan bergurau-gurau. Haizzz.. Akid geleng kepala sambil tersengih. Dalam diam dia menggunakan peluang yang berbaki itu untuk mengamati diri Akif saat budak itu leka menghabiskan makanan yang tinggal sedikit bersisa di pinggannya. Budak Akif ni pun satu, turun makan je kut! Kenapa nak pakai smart-smart pastu ensem melampau-lampau tahap membunuh? Tak pepasal jap agi boleh berdarah hidung aku kat sini! Danggg.. Dah la aku ni memang fav pesen rambut ala jepun ngan korea, macam tahu-tahu je! Boleh plak malam ni dia bantai setting rambut ala-ala Korean actor!? Ohhmaiiiii..
![]() |
"Kenapa nak pakai smart-smart pastu ensem melampau-lampau tahap membunuh?" - Ahmad Akid |
** Tapi si Akif ni memang hari-hari ensem pun. Naturally
born with that looks and pandai plak bab-bab dressing! No doubt, dia adalah
antara figure KTE XII yang amat popular di kalangan gegirl ASIC*.. Luckily,
pujian-pujian melambung ni hanya kedengaran dalam hati aku je! Gilaaa nak cakap
depan-depan Akif! For sure budak tu bangga melampau kalau dia dengar semua ni
dari mulut aku! I’ll Never! Ever! feeds his ego! FULLSTOP!! Kang tak memasal
budak schizophrenic ni mengidap penyakit lain plak.. Sakit berlagak. Hmmm, yes,
terma berlagak sepatutnya dimasukkan ke dalam kamus perubatan! Hybrid malay
illness! *Alice Smith International College.
“Lepas ni ikut abang keluar okay?” .. !!! .. Aduiii.. Nak pergi mana pulak ni? Homework ngan notes aku da la banyak yang tak siap. Ingat lepas makan ni baru nak buat.. “Nak gi mana je? Malas la, homework dengan notes Akid pun banyak yang tak siap lagi. Sesia je kalau esok kena denda, tak memasal dapat title pemalas free. Errrr!” Akid bertanya acuh tak acuh sambil meletakkan pinggan ke dalam dishwashers.
“Somewhere. Ikut je la, bukannya lama pun, sempat lagi balik nanti buat homework.” Akif meyakinkannya sambil mengenyitkan mata.. Nakal..
Hmmm.. Musykil.. Somewhere? Boleh tak kalau be more specific bila menjawab tu? Somewhere ni banyak somewhere! Soalannya kemana? Dan jawapannya adalah tempat, gimme names la, tempat apa? Dimana? Buat apa? Berapa lama? Itu pun susah nak jawab ke? Grrr.. Entah hape la somewhere kau tu Akif. Jangan kau plan nak buat onar kat aku sudah!. Aku memang dah tahap wajib kena belajar martial arts nih. Yes, silat ngan judo sounds more like it! At least aku boleh defend diri kalau ada budak yang tergedik-gedik semak dengan aku. Sedebik aku bagi, confirm makan bubur pakai straw seminggu! Ahahaha. Oww? Really? Berangan tak sesudah la ko ni Akid! Now where are we? =,=”
“Alaaa, ikut je la.. jomm.” Serentak itu Akif terus menarik tangannya keluar dari dewan menghala ke kawasan parkir kereta. Dalam keterpaksaan Akid terpaksa mengekori langkah Akif yang melaju. Bukannya ada pilihan pun, tangannya masih digengam kemas oleh Akif, nak tak nak dia terpaksa je menurut.. What the hell ni Akif! What the hell U got in Ur mind?! Nak pergi mana ni woi? Homework aku camne? Woiii! Hatinya membentak, protes, namun suaranya seolah-olah tersekat di kerongkong.. Seriously dia mula rasa misteri gila, seriau pun ya jugak! Terheret tanpa kerelaan camni, nak dibawa ke satu tempat yang dia langsung tak tahu dimana. Gilaa tak cuak..
“Shhhhh please don’t make this hard for both of us. Abang just nak bawak Akid jejalan je. Abang tengok Akid macam tak berselera je nak makan?.. I know, foods here sometimes taste differ than its smell? Socay, malam ni abang belanja Akid makan kat luar. We can eat anything and everything we want, its on me. Are we good then?”.. *dialog itu sangat panjang okay! Heee.. Ujar Akif sambil mengenyitkan matanya.. Sudahnya Akid jadi kelu untuk menjawab saat anak matanya bertemu dengan seraut wajah Akif yang sedang mengulum senyuman paling manis buatnya. Ehh!.. manis je ke? .. Pembetulan! Senyuman itu sangat nakal okay! ..Fine! Akif buat aku melting suda.. Ummm.. “Shall we go now?” Akif bertanya lagi sambil membuka pintu depan kereta untuk Akid.. !!! BMW X5 !!! Dont tell me, ini kereta Akif?
![]() |
“Shhhhhh.. Dont be.. I have wings.. Fly with me..” - Tengku Akif Zainuddin |
Setelah menutup pintu untuk Akid. Akif segera masuk ke dalam
kereta lalu menghidupkan enjin. Jentera berenjin V8 itu menderu sejurus Akif
memulas kuncinya ke start mode. Sesaat kemudian Akid terasa Angin aircond yang
dingin menerpa mukanya. BMW antara jenama global yang memiliki teknologi permotoran
yang termaju. Seketika Akid ke-jakunan melihat finishing interior yang ada di
dalam kereta. Finishing genuine leather yang menyaluti hampir 70% dari
keseluruhan interior kereta menimbulkan aroma yang tersendiri. Aroma itu
mengingatkannya kepada wangian Versace dreamer! Wangian kesukaannya selain
1million by Paco Rabanne. Aroma yang baginya amat Established, Charismatic and
Transparent! Quite perfect to suit Akif and his personality actually. Oww,
really! Ehh?!
“Whos car is this?” Akid yang masih dalam keadaan shock
tetiba bersuara..
“Owh.. That’s put a lot of worries in ur head i guess. Its
my dad. He gave to me yesterday.” Akif tersenyum menjawab lalu melepaskan
steering dan mengelus lembut rambutnya. Wajah polos akid sebenarnya sukar
menyembunyikan sebarang emosi yang berkocak di hatinya. Too obvious for Akif or
anyone to noticed! Its written all over his face.. hahaha Poor Akid! Naif..
“Ur driving, please don’t do that! We’r too young to die on
roads, don’t u think?” Akid mengeraskan suaranya, sebal dengan reaksi Akif yang
terlalu sambil lewa semasa memandu.
“Alone? Yes.. but with you, No.. It’s a great honor and
privilege to be with you here, tonight, now, at this moments. Im pretty sure
i’ll die a happy man with you on my side. Yea, living or dying is not my
biggest concern anymore. My biggest concern is you!” Akif tergelak kecil
sejurus menghabiskan barisan ayatnya. Dia tersenyum senang memandang Akid.
Urghhh! Is this a jokes? Its not funny okay! We are talking about lives here!
What a stupid jokes! Whatever la Akif! .. Just concentrate on driving and make
sure we both safe all the way! No more arguments! Fullstop! .. lagu no promises
by Shayne ward berputar lembut memecah kesunyian di dalam kereta .. Akif
tersenyum ...
-----------------------------------------------------------------------------
![]() |
“Alone? Yes.. but with you, No.. It’s a great honor and privilege to be with you here." - Tengku Akif Zainuddin |
Setelah memakir kereta, mereka berdua berjalan beriringan
memasuki restaurant The Village bertempat di Pullmann Lakeside Resort Putrajaya.
Akif awalnya ingin mengajak Akid makan di B’s Bar, chic outlet yang menghidangkan
menu barat dan fushion cuisine. *Hes a steak lover! That’s why! Namun setelah mengambil
kira selera Akid dengan mengagak-agak yang Akid ni pasti perut melayu, Akif
membatalkan niat itu lalu memilih untuk makan di The Village yang menghidangkan
menu masakan nusantara dengan mediterranean fushion. Akif mengandaikan Akid
mungkin rindu dengan masakan di rumah.. So there they go. Akif sengaja memilih
meja yang menghadap tasik, lebih nyaman fikirnya. Angin malam terasa dingin
menyapa kulitnya saat Akid melabuhkan punggung di kerusi yang terletak
berhadapan dengan Akif. *Table for two. Tak boleh nak pilih2 tempat sangat
occay! Heee.. Seketika pandangannya terpaku pada pemandangan yang cantik berlatar
belakangkan bangunan-bangunan kerajaan yang kelihatan indah bermandi cahaya. Permukaan
tasik yang bergenang lembut jelas berkilau-kilauan disimbah refleksi cahaya
dari kawasan sekitar. Cantik! Amat cantik! Tak tahu pulak kat Putrajaya ada
lakeside dineout yang best camni. Yang dia tahu cuma Selera Putra Food court je,
itu pun sebab dulu rombongan sekolah pernah makan kat situ semasa mengikuti
lawatan sambil belajar ke Putrajaya. Just that! Akif tersenyum puas melihat
ekspresi spontan yang jelas tergambar di wajah Akid pada ketika itu. Priceless!
Setelah meneliti menu yang ada Akif memilih untuk menikmati Fettuccine pasta
dengan Village lemonade, manakala Akid memilih untuk menikmati Pullmann
signature nasi goreng dengan jus carrot. Untuk appetizer Akif memilih Salade
fermiere Tiede Aux Lardons dan desert fresh berries platter.. *Pelik-pelik menu
nih, tergeliat lidah aku nak sebut! Dah perutnya memang perut melayu, malas dia
nak order menu yang namanya pelik-pelik takut nanti rasanya tak bersesuaian
dengan tekak melayunya! To be safe, order makanan yang kita familiar. Heee ape
lagi, nasi goreng laa. Walaupun pangkal menu tu ada bunyi fushion ckit tapi tak
apalah, yang penting dia tahu bagaimana rupa makanan tu. Nasi goreng! Takkan la
rupanya macam lasgne plak. Btoi tak! Pilihan menu yang selamat.. hehe..
![]() |
The Village. Pullmann Lakeside Resort Putrajaya. On our 1st Date! |
Ape la agenda budak Akif ni tetiba belanja aku makan kat
tempat camni. Tempat yang classy sure mahal. Hmmm mampus. Ingatkan makan kat
kedai-kedai biasa je, mamak ke, kedai makanan melayu ke, berlambak kut kedai
makan yang sedap-sedap kat area Bangsar. Akif gilaa! Tapi kan, view kat venue
ni memang cantik gilaaa, yess segilaa budak Akif uuh.. even kalau diorang tak
makan kat sini pun Akid pasti dia akan pulang dengan perasaan yang puas..
Suasana ini amat menenangkan jiwanya, angin malam yang sepoi-sepoi bahasa terasa
amat menyegarkan, damai bersarang di dadanya.. *First date ngan Akif ke ni?!
Adoyaii!
“Akid, seriously abang rindu sangat ngan Akid, recently
abang busy sangat. Mana dengan kelas, rutin latihan renang lagi. Susahnya nak
cari satu masa yang sesuai untuk jumpa and berdua camni. Even nak terserempak
ngan Akid kat kolej pun susah. And thanks, sebab today Akid tak banyak kerenah
bila abang ajak keluar. Abang ingatkan Akid menolak tadi. Luckily tak banyak
rejection so, forced ivitation rasanya tak perlu lagi kut.” Akif memandangnya
lembut sambil tersengih.. Berterus terang. Berdua je kut. Akif rasa tak perlu
la main hide and seek. Better cakap straight to the point. Akid pun tak perlu
nak meneka-neka apa ke pelik malam ni dia tetiba ajak Akid keluar makan kat tempat
camni. Akid hanya mampu buat muka indifferent . Kehilangan kata-kata dan langsung
tak tahu nak cakap apa. Ishhh.. Jangan la ko wat hal Akif, walaupun tempat ni
nampak cam tak ramai pengunjung tapi pelik jugak bila budak macam kita ni makan
berdua kat couple table. Very the sesuatu sangat. Waiter yang duty kat
reception tadi pun da usha pelik bila Akif cakap table for two. Plissssss la
jangan wat malu kat sini.. Peliknya, Akif dari tadi tak putus-putus tersenyum
kat aku. Lantak kau la labu. Socay, nanti lepas check schizophrenic ko tu kita
scan otak ko plak takut ada wayar yang terputus. Mana la tahu kan. Kalau putus
tu tahap kronik boleh gak mintak approval doc untuk sahkan budak ni mereng! Elok-elok
dok blajar kat KTE XII nanti kena deported ke tanjung rambutan.. haaaa sesuai
la tu. *Jahatnye la otak ko ni Akid! Orang dah belanja bawak tempat best camni
ko tak habis-habis jugak membebel kan? Diam bole diam!? Sesia je suasana yang
romantic camni kalau ko buat spoil! Just enjoy this moment okay! Bleh!? Good
boy!
![]() |
Permukaan tasik yang bergenang lembut jelas berkilau-kilauan disimbah refleksi cahaya dari kawasan sekitar. Cantik!! |
Waiter yang bertugas hantar order ni pun satu. Hantar
makanan je kut, tak perlu la nak mesra-mesra alam sangat. Tak nampak ke aku yang
duduk depan Akif ni?! Melampau la senyum camtu kat customer, ke ni sebahagian
dari cubaan waiter tu nak test market dengan Akif!? Nak impressed Akif lateww!
.. Brrrr menyampah okay, serious talk menyampah!!! Tak perlu la nak explain sangat
pasal menu tu, jap ag dimakan, dikunyah, masuk ke perut jugak! Esok-esok tempat
terakhirnya di mangkuk tandas jugak! Ape laa.. Ni la susahnya makan tempat
camni, semuanya kne ikut SOP! Dining etiquettes la konon, bosan! Nasi goreng ni
plak Nampak amat menyelerakan.. bila nye nak makan kalau waiter tu masih tak
habis lagi dengan menu introduction? Baru Akif nye order. Nasi goreng aku ni
plak! Air plak! Lepas tu dessert lagi!!! Aduhhhh laaa... Akid menyumpah-nyumpah
di dalam hati.. “Okay, okay thanks.. I’ll call you later should there anything
unusual arose with this menu.. Thanks.” Akif pantas memotong ulasan waiter yang
nampaknya terlalu panjang dan membuatkan Akid kelihatan tertunggu-tunggu untuk
menjamah hidangan ... Yesss you’re my hero Akif. Bagus.. aku da tak sabar-sabar
nak makan nih! .. Actually Akif perasan dengan perubahan pelik pada raut wajah
Akid sewaktu waiter tengah explain menu yang diorang order. Itu adalah
sebahagian daripada tugas waiter la sayang.. Akid mungkin kekok dengan SOP yang
terpaksa dilalui bila makan tempat macam ni. Well starting from today, nak tak
nak Akid terpaksa sesuaikan diri dengan menu introduction coz banyak lagi
tempat lain yang dia nak bawa akid pergi, Maple, Victoria Station, ohyes!
tempat yang dia paling fav, La Malta! The best steakhouse and western cuisine
in Kl! Someday dia akan bawak Akid try menu kat situ plak. Akid tersenyum puas melihat
Akid menyuap dengan berselera nasi gorengnya. Sedap agaknya.. Perasaan itu
terlalu priceless bagi Akif.. Berkali makan kat sini semata-mata untuk melihat
reaksi itu pun dia sanggup.. Akid.. Secretly, discreetly, im madly in LOVE with
you...... This is our first date sayang ................ A day to remember!
Yes, indeed it is... Akif senyum lagi sambil menyuap hidangan pastanya
perlahan..
-----------------------------------------------------------------------
![]() | |
"You’re bad boy Akif.. You really are..." - Ahmad Akid |
Jam di tangannya menunjukkan pukul 11.35 malam. Awal lagi
gumamnya. Sejurus selesai menikmati makan malam berdua dengan Akif di Pullman
Lakeside Resort sebentar tadi, Akif sengaja mengajak Akid lepak kejap di
jambatan seri wawasan sebelum memandu balik ke kolej. Now here I am! Indahnya
Putrajaya di waktu malam. Mengamati suasananya Akid terlupa sekejap yang kini
dia masih berada di Malaysia. Putrajaya, simbol kemegahan Kerajaan Persekutuan
yang menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia.. Thanks Akif.. Desisnya perlahan..
Thanks for tonight and thanks for everything. Pipinya memerah, perasaan asing
itu kembali menyelinap ke dalam dadanya, menceroboh hatinya, membogelkan
sanubarinya lalu merogol jiwanya. Namun aneh, perasaan itu terasa indah,
nyaman, hangat dan membuatkan dia terasa seolah-olah terbang di diantara
gumpalan awan dan bintang bintang.. Ahhhh.. Akif.. Nama itu.. Budak itu.. Akid
tersenyum kecil sambil mengeleng-gelengkan kepalanya seolah-olah tak percaya
dengan apa yang telah berlaku diantaranya dengan Akif.. Hmmm, soal hati dan
perasaan terlalu universal untuk diterjemahkan dalam bentuk perkataan, desis
hatinya.. Well Akid.. Enjoy this moments and this feelings while it lasts..
Akid leka melihat dinner cruise yang kebetulan lalu di bawah jambatan. Oooo ade dinner cruise ehh sini? - Ahmad Akid |
“Akid, sini jap.”
Akif melambai memanggilnya yang leka *Leka apanya tengah berangan. Haizz!
melihat dinner cruise yang kebetulan lalu di bawah jambatan. Oooo ade dinner
cruise ehh sini? Hmmm da macam little venice lak.. “Yap, jap, jap.” Akid
menjawab sambil berlari-lari anak mendapatkan Akif.. “Nape?” ... “This is the
first time we visit Putrajaya berdua, we should consider today as a special day
for two of us.. Amik selfie la, buat kenang-kenangan. Cepat sikit ready..”
Monopod diangkat tinggi sambil Akif merangkul badan Akid memaksa dia merapat ke
arahnya, so damn close hingga pipi mereka bersentuhan. Klik! Photo taken! ..
“Akid Nampak comel je dalam gambar, tapi budak yang kat sebelah tu lagi comel
kan? Dah la comel, ensem plak tu? Hmmm siapa ekk? Akid kenal ke budak tu?.”
Akif menunjukkan preview photo sambil mengusik Akid.. Akif tergelak melihat
wajah akid berkerut seribu merenung screen Z10 miliknya.. “Bwekk, tak malu,
perasan, over, budak bangla mana tah, cleaner kat sini-sini jugak kut, magik je
boleh tsesat masuk dalam gambar! Haiz.. menyemak je?.” .. Muka tak puas hati.
Sesaat kemudian Akid turut tergelak melihat Akif da tarik muka kelat. padan
muka, nak over over sangat kan? haha.. Akif mencuit hidungnya perlahan lalu memaut
Akid ke dalam pelukannya, dan buat pertama kalinya Akid merelakan dirinya
diperlakukan begitu oleh Akif.. Ohhh indahnya dunia, bahagia rasanya..
lalalalalala..
**Entah kenapa perasaannya yang selalu bercelaru bila memikirkan Akif selama ni hilang bersama hembusan angin malam Putrajaya yang berhembus lembut menyapa pipinya. Buat kesekian kalinya Akid merasa amat serasi dan selesa berada di samping Akif!
**Entah kenapa perasaannya yang selalu bercelaru bila memikirkan Akif selama ni hilang bersama hembusan angin malam Putrajaya yang berhembus lembut menyapa pipinya. Buat kesekian kalinya Akid merasa amat serasi dan selesa berada di samping Akif!
“Akid..
thanks for today. First and foremost, malam ni sebenarnya sangat istimewa buat
abang. For both of us actually! You know why? Coz this moments, here, with you,
is the most enchanting moments of my life.. I am sure u still remember every
single words id said to you during your stay in sickbay the other day? Akid
ingat lagi tak?.. I meant it Akid, every single words yang abang ucap malam tu,
no jokes... Yes, Its crazy, I know! I even think im crazy too, coz i never
thought that someday i will say those words to someone, not to a guy, at least!..
But with you everything seems different. I start to feels this weird feelings
flowing in me helplessly.. I know im not perfect neither are my words and
actions. I know im incompetent, so is my looks, but one thing I know is perfect
and that one thing is my feelings for you. This feeling i lack muse to express
or explain, feelings you alone provoked. Becoz loving you is the only perfect
feelings I’ve ever had.. You deserve the best of the best Akid, you deserve someone
who will back you up without limits, someone who can fly you to the stars
without wings, someone who let you grow without borders, and Love you without end...
Will you let me be the one?.” Akif menyudahkan ayatnya dengan hembusan nafas
lega sambil memeluk Akid erat.. Sebuah kucupan singgah di ubun-ubun kepalanya.
sesaat, dua saat, tiga saat, kucupan itu seolah-olah termati di situ..
Goshh!.. Okay, So here we go all the way round only to end up with this proposal?.. Damnn you Akif ... ... ... Bad boy! Bad Akif! ... Idiot! I hate you! I hate you because I think im in love with you too ... You stupid moron Akif! ... I hate you ... ...
Entah kenapa, langit putrajaya malam itu terasa begitu cerah, berpuluh bunga api menyala dan menghambur indah menghiasi angkasa.. Its sparks, its glow, somehow terasa begitu hangat menyinggahi hatinya... Setitis bening jernih terbit dari matanya, lalu meluncur gugur menimpa permukaan tasik... No... Bukan kenangan hitam bersama Akif yang menyakitinya, tapi berhadapan dengan kemungkinan untuk kehilangan Akif, itu yang lebih menakutkannya. Akid meleraikan pelukan Akif, lalu memusingkan badannya berhadapan dengan Akif. Seketika, direnungnya wajah Akif yang polos, mencari tanda-tanda kepalsuan dan gurauan pada sinar matanya. No... ... Its not there, Akid cuma menemukan sebuah keikhlasan dan kejujuran di sebalik sinar mata Akif yang berkaca.. Akid mengangguk perlahan lalu memeluk Akif erat... setitis bening jernih terbit menelusuri pipinya .. No, im not in pain.. its just, this feelings is too beautiful to bear that it end up leaking my eyes, poor me .. You’re bad boy Akif.. You are... I hate you for make me feels this way...
“Im afraid of falling.. What if.. .. ..” ...
“Shhhhhh.. Dont be.. I have wings.. Fly with me..” ...
Goshh!.. Okay, So here we go all the way round only to end up with this proposal?.. Damnn you Akif ... ... ... Bad boy! Bad Akif! ... Idiot! I hate you! I hate you because I think im in love with you too ... You stupid moron Akif! ... I hate you ... ...
Entah kenapa, langit putrajaya malam itu terasa begitu cerah, berpuluh bunga api menyala dan menghambur indah menghiasi angkasa.. Its sparks, its glow, somehow terasa begitu hangat menyinggahi hatinya... Setitis bening jernih terbit dari matanya, lalu meluncur gugur menimpa permukaan tasik... No... Bukan kenangan hitam bersama Akif yang menyakitinya, tapi berhadapan dengan kemungkinan untuk kehilangan Akif, itu yang lebih menakutkannya. Akid meleraikan pelukan Akif, lalu memusingkan badannya berhadapan dengan Akif. Seketika, direnungnya wajah Akif yang polos, mencari tanda-tanda kepalsuan dan gurauan pada sinar matanya. No... ... Its not there, Akid cuma menemukan sebuah keikhlasan dan kejujuran di sebalik sinar mata Akif yang berkaca.. Akid mengangguk perlahan lalu memeluk Akif erat... setitis bening jernih terbit menelusuri pipinya .. No, im not in pain.. its just, this feelings is too beautiful to bear that it end up leaking my eyes, poor me .. You’re bad boy Akif.. You are... I hate you for make me feels this way...
“Im afraid of falling.. What if.. .. ..” ...
“Shhhhhh.. Dont be.. I have wings.. Fly with me..” ...
![]() |
"Well Akid.. Enjoy this moments and this feelings while it lasts.." - Ahmad Akid |
Bersambung . . .
* * *
Smile, Smile, Smile.. Tamat da EP 10! What?! Tak puas? Nak lagi panjang? Ohmaiiii, Nak siapkan EP 10 ni kat words pun aku da rasa terjuling-juling biji mata. Lemme share one words of wisdom with u guys : Less is always more! Heee.. Bukan aku nye words of wisdom occay.. Ni comel nye words.. i just take it and blend with it.. the morale is dun complaint for every single thing u have in life, no matter how small it is, just take it for what it is and enjoy it while it lasts. How many people do u think out there who never get what they wish for, no matter how much they want it? Ur lucky enough to have a chunk of it while others has none! Be thankful and grateful occay ;)
12.00pm
- Dunno why , masa taip EP 10 ni aku asyik tersenyum je memanjang . Thank God !
.. Thanks for everything ! Thanks for this life and thanks for this gifts ! I
think im lucky enough that my days and my nights are blessed with so much love ..
and also thanks to Comel , for being there all the time , no matter how hard
the path that we must cut through ! .. And guys , please remember , Saying
sorry doesn't mean that you were always wrong but sometimes it means you value
your relationship more than your ego ! Keep that in mind okay ! U dont choose
Love felass .. Love chooses you ! Remember that ! Happy working and wishing u
guys having a great time today ! Daaaaaaaa ......
Puas,puas, puas and puas....hahaha....
ReplyDeleteLega rasa hati apabila habis baca EP 10. Next episode mesti boleh senyum lagi.. Tak sia2 menunggu lama. Teruskan Akid, kembangkan lagi plot dia supaya ceritanya boleh dijadikan sesuatu utk dikenang oleh semua org... thnx dear....
Thanks zizi :D .. Klo asgmt x menimbun maybe within this week gak nak up EP 11 .. Sabar eahh ..
Deleteuuii...adegan berpelukan..
ReplyDeletetapi bagaimana dgn Singa?
Kesian dia...
Well .. Its a law of nature dear . When someone got to win , someone else has to lose .. But don't worry , there's a lot of wonders hiding somewhere ahead , just waiting for a right moment to pop up ! Neway thanks for supporting blog yg tah pape nih and thanks gak for dropin by kat cmment box ! U guys rawkk !!! *Peace yawww
Delete