Tuesday, August 19, 2014

Asrama EP 11

An End For a New Beginning !!!

Qalif...... You never said anything to me remember?.. - Ahmad Akid

    Qalif menghempaskan pintu! Akid dengan John yang sedang leka melihat movie The Sentinel kat laptop saling berpandangan sesama sendiri.. Terkejut .. Hairan.. Entah angin ape la yang membadai mood Qalif arini sampai pelik benar gayanya masuk bilik? Tak bagi salam lagi! Hmmm.. natijah bila tak habis-habis dengan urusan biro pelajar, tertekan lateww.. Akid bergumam sendiri sambil memerhatikan Qalif dengan ekor matanya. That boy seriously looks messy and awful!.. nak tenung budak tu be-betul dia plak takut kalau-kalau badai yang bergelora pada sekujur tubuh Qalif menghambur dan menderu ke arahnya! Haru!!.. Taufan Katrina bertiup kat luar agaknya? ..Ke Hayyan membadai KTE XII?? .. No, No.. Itu mustahil! ..Geologically, Malaysia ni terlindung dari lingkaran api dan angin pasifik! ..Ahhh, biarlah, malas aku nak ambik tau, kang tak memasal aku plak yang terbang sama di dalam kabut amarah Qalif.. Singa ni takleh diganggu kalau naik minyak, even kat natural territorial pun, singa alpha kalau mengamuk, ngaumannya masih boleh kedengaran dari jarak sejauh 5km! *Thanks to NatGeo! Brrr.. Abaikan.. Walaupun rasa risau dan bimbang menggigit-gigit hatinya, namun Akid terus memaksa matanya memaku di dada laptop. Berpura-pura mengabaikan Qalif dengan kekusutannya! Movie The Sentinel tinggal sekadar movie yang hanya berlalu di depan matanya, fikiran Akid tidak lagi berada di dalam bilik itu! Keberadaannya di situ hanyalah sekadar etheric*!! *Fizikal dan mental state berada di dua lokasi yang berbeza! 

"I try to suited you in any manners you favor most." - Qalif Firdaus
 
    “Assalamualaikum.. Aii broo, kusut nauuu aku tengok? Da end of the world *Merujuk movie 2012! ke kat luar tu? Kelam kabut semacam sampai nak roboh pintu. Dah la masuk tak bersalam, nasib baik aku bukan penghidap sakit jantung.. naya je kalau aku mati kejung tadi..” John menegur Qalif yang kelihatan sibuk mengeluarkan buku-buku dari perut beg. “Nothing unusual. Angin kus-kus je kut.. Nak angin utara selatan mai sini aku bagi. Nak?!” Qalif menjawab panjang dengan tangannya ligat menaikkan buku-buku itu ke shaft di atas meja belajar. Mendengar nada dan gaya jawapan Qalif, John jadi malas nak meneruskan soalan. Elok-elok bilik ni Tenang, Aman, Damai.. Tak memasal nanti bertukar jadi bencana global plak! ..api amarah Qalif seboleh-bolehnya jangan dicurah dengan soalan-soalan yang merimaskan, amat merbahaya kalau meletus! Pompei & Krakatau adalah buktinya! ..Biarlah budak tu mereda dulu.. Tenang, Cool, Relax.. Cepat atau lambat dia pasti akan cerita jugak nanti.. Akid yang menikus sejak tadi hanya memandang John sambil menjungkit kening, bahasa isyarat sebagai ganti tanda soal [ Kenapa? ] *Saat-saat tegang camni bahasa isyarat amat perlu occay! ..John yang blurr sama seperti Akid, hanya mampu buat muka dan mengangkat bahu tanda tak tahu. Senyap... 

Those good old days - Ahmad Akid
 
    “John, bleh tak kau kuar jap, aku ada hal sikit nak cakap ngan Akid..” Ujar Qalif tanpa menoleh ke arah Akid dan John yang saling berpandangan dengan wajah pelik di belakangnya.. Buku-buku Qalif telah kemas tersusun di atas shaft.. Jelas kelihatan pada Akid *Hatinya kuat berkata, something is wrong somewhere with Qalif! ..Qalif sedang berusaha mengumpul segala ketenangan dan kesabaran yang masih bersisa pada dirinya, membendung api amarah itu agar tidak menyembur dan membakar rentung mereka-mereka yang tidak berkenaan. Akid yang sedari tadi kehairanan dengan reaksi Qalif, menjadi bertambah hairan .. Sesaat, air liur diteguk .. Gulppp .. Ape pulak kali ni? Rasanya Qalif tak pernah se-serius ni. Selalunya bila Qalif menjengah je masuk bilik, singa yang dah jinak tu akan tersenyum mesra memandangnya, kemudian akan bermanja-manja atau mengusik-usiknya dengan gurauan nakal atau sekadar bermalas-malasan merehatkan diri di sebelahnya.. Qalif yang berdiri di hadapannya kini amat berlainan dari sosok Qalif yang amat dikenalinya..

"I look only at you, i think only about you." - Qalif Firdaus

    “Owhhh okay, camtu aku grak gi bilik Fauzan jap, pinjam mag. let me know when you both done.” John berlalu keluar sambil mengenyitkan mata kepada Akid [ Akid bersabar okay! ] .. Now!.. ..this is awkward, i didnt even know how to react to this kind of situation! Patut ke aku berlagak nervous *Kau memang tengah nervous pun! atau berlagak biasa je? *Kau mampu ke nok? ..Duhhh.. acane nak berlagak biasa, tangan ngan kaki aku pun dah rasa kebas semacam je ni. Seriously before this Akid langsung tak pernah tengok Qalif dalam mode marah.. Sekali pun tak pernah. Apakah hari ni aku sangat bertuah atau teramat malang kerana berpeluang melihat sisi lain yang ada pada diri Qalif? Lelaki yang sedia diketahuinya cool dan tenang sepanjang masa, hari ini kelihatan hampir seperti hulk yang akan menerkam dan mencarik-carik badan nya pada bila-bila masa je..

    Peluh dingin mula merenik terbit di dahinya.. dari elok-elok meniarap di atas katil, Akid bangun lalu duduk di birai katil, mukanya sengaja ditundukkan memandang lantai. Ngeri nak berdepan dengan pandangan mata Qalif yang pasti sedang tajam merenungnya ketika ini.. “ Hmm ke kenapa? Qalif de pape nak cakap ngan Akid ke? Takkan la rahsia sangat sampai kena halau John keluar.. kut..? A ade ape je?” Terdapat getar pada suaranya.. Dushhh.. Ape la ko ni Akid, bleh tak acting macam normal? Dont think about anything bad okay! Relax ..Just relax! Not until Qalif came out with the matter .... Sesaat, Dua saat, Tiga saat.. Hening, udara di bilik itu terasa pegun.. dan Qalif masih tidak bersuara... Gulpppp.. Akid telan liur lagi. Dengan keadaan yang amat tegang begini, bunyi tegukan itu amat nyaring di pendengaran nya.. Qalif dengar ke? emmm.. Kemmon Qalif, say it... Im all ready... “... You better tell me now, where have u been last night!?”.. Sejurus Qalif meyudahkan kata-katanya, petir terasa seperti menyambar kepala Akid!! Badannya terasa seperti terbelah dua!! Suasana bilik yang tadinya tenang seakan bertukar menjadi kabut gelap.. Akid terkapai-kapai kelemasan di dalam emosinya yang mula bercelaru.. “Ooo.. Malam tadi ehh? Hmm, ade je.. maybe sebab mengantuk sangat Akid tertidur kat bilik, sebab tu tak datang tidur sini. Sure best Qalif dapat conquer katil sensorang? .. yla, bila Akid tido sini mesti rasa sempit dan tak selesa, kan?” ..dalam rasa yang bergemuruh, Akid paksakan juga dirinya mengukir senyuman kelat.. Rupa kerang busuk pulak jadinya! Ahhh sudah! Senyumnya tak menjadi, begitu juga gurauan nya tak mendapat sambutan dari Qalif seperti biasa..

    Akid hanya mampu tunduk merenung lantai dengan pandangan kosong.. masih menanti jawapan dari Qalif, ngeri rasanya merenung wajah singa itu dalam keadaan sekarang. Maunya terputus kepala Akid dipagut hidup-hidup!! ..

    “Ooo.. really?” Qalif menjawab pendek sambil berjalan longlai ke arahnya lalu berhenti tepat di depan Akid! ..Aroma wangian Dunhill Desire semerbak menerpa hidungnya.. Hmmm.. wangian yang dia hadiahkan pada Qalif 3 minggu lepas.. Belum sempat Akid nak mendongak, Qalif telah pun memaut mukanya dengan kedua belah tangan, memaksa Akid untuk mendongak dan memandang tepat ke matanya... “Kidd.. Now tell me the truth.. I beg you.. Where have you been last night?” ..Tiada seri di wajah Qalif, air mukanya kelihatan amat bercelaru dan tak tenang. Ouhhh Qalif.. What had happened to you? Are you okay? I am so sorry.. I didnt meant to lied to you.. Im just afraid... “Hummm..” Akid mengangguk lemah, masih mengiakan kata-katanya sebentar tadi.. “...You lied to me Kidd....... Now you lied to me..” ..Suara Qalif kedengaran amat berat di telinga Akid. Nada itu baginya amat sarat dengan emosi yang tertahan-tahan... Akid segera melarikan pandangan nya ke arah tingkap, menjauh dari sorotan mata Qalif yang menuntut jawapan jujur darinya.. Nak cakap ke tak nak cakap? Agak-agak Qalif marah tak kalau aku cakap perkara yang sebenarnya? Dia marah tak? Dia marah tak...? ... 

"Un requited love does have its hardships, i suppose." - Ahmad Akid

    “...Sebenarnya Akid keluar makan ngan Akif malam tadi...” ujarnya dengan suara yang tertahan-tahan.. Akhirnya Akid memilih untuk berterus terang.. Sampai bila boleh dirahsiakan? Sampai bila? ..Walaupun suaranya tersekat-sekat di kerongkong namun dia percaya Qalif mendengar dengan jelas apa yang diucapkannya sebentar tadi..

    Qalif melepaskan kedua tangannya dari pipi Akid perlahan, lemah, budak itu kelihatan seperti hilang tenaga dan tak berdaya... Kata-kata Akid itu terasa bagaikan batu yang berpuluh tan beratnya, jatuh dari langit lalu menimpa kepalanya!! Kata-kata itu seperti petir yang memanah hangus sekujur tubuhnya! Rentung menjadi abu berterbangan..! Pandangan matanya gelap.. segelap mimpi dan impian yang punah bersama pengakuan Akid.. Sesaat Qalif terpaku tanpa mampu berkata-kata.. Langkahnya yang memberat dipaksakan juga berjalan ke birai katil lalu duduk, menekur, memandang lantai.. Sesaat .. Dua saat .. Tiga saat .. Empat saat ...... “..Abang jumpa Akif tadi.. I had a lil fight and arguments with him... Kenapa Akid bohong pada abang? Kenapa tak berterus terang? Kenapa lukai hati abang? Why?.. Whyyy..?! I try to be the best for you, try to suited you in any manners you favor most, and this is how you repay all of those kindness..” .. !!! .. Saat itu sekali lagi Akid terasa bagai halilintar memanah badannya! Berpinar pandangan matanya! Akid terjelepok ke lantai... Badannya terasa kebas, tingkat kemampuan mindanya untuk berfikir seolah-olah terhenti.. Akid terpaku!... Qalif hanya sekadar memandang ke arahnya dengan mata yang berkaca, hatinya telah ditoreh dengan luka yang maha dalam..  wajah itu yang selalunya tenang, kini sarat dengan pergolakan emosi yang dia sendiri tak mampu nak bayangkan .. Dia lihat Qalif memaksa diri bangun perlahan-lahan, lemah langkahnya berjalan lalu melutut di depan Akid, memeluknya erat lalu melabuhkan ciuman di ubun-ubun kepalanya... Akid hanya terpaku bila pelukan Qalif menjadi semakin erat dan ciuman Qalif seolah-olah termati disitu ... namun sesaat kemudiannya Qalif meleraikan pelukan itu.. Berdiri lemah dan berlalu meninggalkan Akid keseorangan... Tanpa Akid sedari, setitik demi setitik bening jernih mula meluncur gugur dari pipinya.. Gugur bersama sebuah mimpi dan impian .. Mimpi dan impian Qalif terhadap dirinya...

    Qalif...... You never said anything to me remember?.. Not even once.. Im sorry if id hurt you.. i didnt meant too.. Im sorry .. i really-really sorry....

16:48:22 Wednesday April 20th, 2011

_______________________________________________________________________

"My life pack with adrenaline rush when im with you! - Ahmad Akid


    Malam itu terasa amat dingin, sejuknya menyucuk-nyucuk hingga ke tulang hitam. Untung tadi Akid menyarungkan sweater hitam kegemarannya. Sekurang-kurangnya kedinginan itu tak la bolos sangat hingga menyentuh kulitnya.. ohhhmaiii lamanya nak tunggu ni, kata pukul 8 sharp! Mengelat.. hmmm.. Akid menguis dedaun basah di tanah dengan hujung kasutnya, sesekali dia turut memandang ke arah jalan besar kalau-kalau insan yang amat dirinduinya itu muncul.. Namun hampa, kereta yang bersimpang siur di atas jalan tak ada satu pun yang dikenalinya..
    
30 minit berlalu..
    
    Akid masih menunggu dengan sabar walaupun hatinya kini mula digigit resah. Apapun perasaan itu harus dibuang jauh-jauh. Nothing bad can happened to him, not tonight and not ever as long as i live.. Hopefully.. Amin.. Mana la budak ni pergi, petak dan kematu punggungnya duduk dan berjalan mundar-mandir menunggu.. Awatnya lama sangat tak sampai sampai? Akid menilik jam di tangan, 8.36pm .. Berapa lama lagi nak kena menunggu?.. Adoiiiii... Tak cukup lagi ke siksaan rindu akibat berjauhan yang aku harungi selama ni? Bad Akif! yess you are! Bad bad Akif!! Rindu tahap kronik camni pun kau masih sanggup dera aku bersabar menunggu.. Ke kau memang sengaja nak uji tahap kesabaran aku ke ape? Dushhh! Akid bergumam sendirian sambil melemparkan pandangan nya ke dada langit yang jernih. Bintang-bintang kelihatan begemerlapan indah.. Suasana yang amat indah dan bakal menjadi lebih indah jika Akif berada di sampingnya saat ini... Danggg... Where have you been? ... Budak jahat! Akid menunjal-nunjal hujung kasutnya mengopak akar rumput di hujung kaki.. Marah pun ya.. Tapi rindunya pada budak jahat itu mengatasi segalanya.. Sabar Akid.. Sabarrrr... Sabar itu iman sayang...

But then i think its so Cute of him!! - Ahmad Akid
  
    **Akif... ahhh, budak nakal tu? Hmm.. sedar tak sedar dah setahun lebih kiteorang couple, dan sepanjang tempoh itu la kehidupan ni terasa amat indah, penuh dengan warna, keterujaan and of course! Pack with adrenaline rush! Kadangkala bergaduh kecil, berselisih faham atau tak sependapat, but then at the end of the day, we still have each other.. Nama pun couple.. Normal la bila kadang-kadang bergaduh, berselisih faham skit atau tak sependapat tentang sesetengah pekara.. NORMAL okay! Alaaa.. Macam la straight couple tak pernah bergaduh-gaduh.. yang dah selamat nikah pun boleh bercerai berai tu ape kess? .. Bak kata Usman Awang ‘bumi mana yang tak pernah ditimpa hujan?’ .. Tak ada kan? Gurun ngan tundra pun sekali skala hujan jugak tauk!! Tapi gaduh aku ngan Akif ni gaduh ala-ala manja.. Comel-comel.. Geli-geli.. ehh?! Hahaha! .. Dan yang paling best, saat dia merajuk! Perghhh.. Sikit nye susah nak pujuk! .. Fiil merajuk dia tu mengalahkan bebudak yang kehilangan coklat atau bergaduh sebab candy stick! But then i think its so Cute of him!! Serious talk, sangat Comel okay.. hahaha.. Walaupun skang ni Akif da grad dari KTE XII but still, bila ada masa kiteorang still jumpa and spend the night together. Yess!! Cakap pasal spend the night together gether.. Akif - Hes a damnn sweet boy and such a romantic lover! Pernah skali Akif buat surprise trip on my 16th birthday, secretly dia booked room kat Golden Palm Tree Resort Sepang *Now di re-brand ke AVANI Sepang Goldcoast Resort! Plan asalnya nak candle light dinner but then tah ape ke bala, power out satu kawasan Bagan Lalang! Terbaik nye candle light night kann!? hahaha.. sudahnya satu malam tu dia tak boleh tido langsung! Bila da tak tido tuh, hmmm.. faham-faham aje laa.... tuttttttttttttttttttttttttt sampai ke subuh .. Should i mention that!? .. Hahaha NO!!! Whatever la kan.. The memory are ours, yess.. and you guys wont believe this .. on our first anniversary pun Akif secretly plan untuk celebrate kat Cruise Tasik Putrajaya and he didnt even asked for second opinion from me!! But the result as you guys know of course la Akid suka! My dream for a Romantic dinner cruise turn out to be a fairytale come true! Perfectly set and done as i wish the day to be!! What a romatic night! Teringat lagi kenangan masa first datang Putrajaya dengan Akif.. Memori makan-makan kat The Village and memorable visit to Jambatan Seri Wawasan.. Never imagine that someday Akid turut berkesempatan naik dinner cruise yang sama dengan the one yang Akid tengok that night... heee... Kalau nak mention semua rasanya berhari citer pun takkan habis kut. Belum tambah percutian ke Bukit Merah & Lost World Of Tambun Perak and holiday break kat D’Bali Riverine Estate Tok Bali! Couple ngan Akif ni seriously pack with adventure! Maybe sebab Akif ni jenis yang kaki merayau masa cuti so secara tak langsung aku pun join skali.. Memory with him are priceless.. Thanks Akif.. Thanks for this love and thanks for everything. I love you so much sayang, dearly! .. My Akif.. My dear.. My Love.. My bad boy!

Fun dayout kat Golden Palm Tree Resort Beach!! 

Plan asalnya nak candle light dinner but then tah ape ke bala, power out satu kawasan Bagan Lalang!
16th Birthday Surprise!!!

1st Anniversary kat Cruise Tasik Putrajaya!! Fairytale dream come true!

Hes a damnn sweet boy and such a romantic lover! - Ahmad Akid

Table for two! Me and Akif!
    Lamunan nya terhenti! *Very the tajuk lagu sangat! Cahaya lampu kereta menyorot kakinya.. Akid tersentak.. Hmmm sampai pun, ingatkan tak jadi nak datang tadi. Akid melemparkan senyuman buat Akif yang baru keluar dari kereta lalu berjalan ke arahnya. “Hi sayang.” Akif menyapanya dengan senyuman mesra lalu memeluk Akid erat. Sebuah kucupan hangat singgah di kiri dan kanan pipinya. Akid menunduk malu, entah kenapa walaupun setelah sekian lama mereka bersama, dia masih termalu malu sendiri bila Akif memperlakukan dia sebegitu. Malu, namun hatinya berbunga riang. Penantian selama hampir 45 minit akhirnya tamat. Hmm tak pe la, 45min bukan nya lama sangat pun.. Akif maybe busy with few other stuff dan sebagai bf yang baik, kau kena faham! - Desis hatinya menghalang untuk Akid protes. “Sorry sayang, biy lewat ckit, just return from KLIA antar mama and papa, dat why lewat sikit. baby da lama sampai ke?” ujar Akif dengan senyum masih menguntum di bibirnya. Sweet as always !!! “Its okay.. Baby pun baru je sampai 10min lepas, takde la lama sangat, cuma sejuk je kat sini..” Akid memeluk Akif erat.. Sumpah sejuk..! Beku!! .. “Socay.. we’ll get something hot to drink later.” Akif membalas pelukan itu lalu mengusap-usap kepalanya lembut.. “Jom.” Akif memaut pinggangnya sambil berjalan beriringan ke arah kereta..


"Everything i told you, everything i did'nt, it was only because i believe in you." - Ahmad Akid

    “Tonight overnight je kat rumah biy, i dont wanna be alone tonight. I hate being alone and you know that, later biy call mama k cakap baby overnight CH..?” ... “Obviously!.. Biy tu ngade je lebih. Over! Ngan lipas pun takut.. Ape laa..” Akid dan Akif tergelak serentak! “No no.. bukan takut, cuma kotor kut lipas tu..” ... “How about cicak?” ... “Please la.. Biy bukan takut occay.. Geli je.. Tak geli ke tengok cicak?.. Errr” ... “Ala.. Biy ngan cicak kan species yang sama.. Dua-dua memanjat.. Sekor panjat dinding, sekor ag panjat orang...” ... Gelak lagi... “Tapi baby suka kan?.. Elehhhh... Malu, tak nak ngaku... Bwekkk?” Akif menjelir lidah mengusik Akid sambil mencuit pipinya... Gelak lagi... Gurauan mereka hampir je menenggelamkan lagu yang sedang berputar.. Hmmmmm lagu If You Leave My World - MLTR .. Classic piece .. Akid memaut lengan Akif lalu melentokkan kepalanya .. Akif hanya tersenyum.. Alangkah indahnya perasaan itu!

"You show me how wonderful this life could be the way its should be." - Ahmad Akid

    “Baby nak minum ape?” .. “Hot choc please.. Thanks..” .. Berkali overnight kat rumah Akif .. Akid terasa seperti berada di rumah sendiri, tiada yang kekok baginya disini. Bilik Akif yang luas, kemas dan rapi amat mendamaikan di matanya. Deko yang sederhana sesuai dengan jiwa Akif yang simple. Dinding dipenuhi dengan poster kelab bola kesukaannya - Chelsea! Di satu sudut yang lain terdapat poster Ryan Lochte, ikon kolam renang yang amat dikaguminya, terdapat juga berberapa poster kecil Tom Daley .. hmmm sesuatu sangat! Ikon kolam renang jugak ke?.. Haha, faham.. Coz aku jugak suka tengok Tom beraksi dalam acara terjun. Personally i think bebudak swimming ni memang hot!! Yesss, no doubt! Dorang memang hot!!!.. Akif menyuakan minuman coklat panas kepadanya. “Thanks.” ujar Akid sambil melemparkan senyuman pada Akif... Hmmm... Akif kelihatan agak kaku malam ni, tak seperti selalunya, ceria, nakal dan tak habis-habis melawak. Walaupun Akid mula rasa tak sedap hati, namun dia memilih untuk mendiamkan diri lalu menelan rasa tak selesa itu walaupun fikirannya masih diselubungi tanda tanya.. I must not breech to far from my limits, apa pun Akif tetap punya privacy untuk dihormati..

Tak dapat lepas gian main bola, main futsal pun jadi laa @Sport Planet Ampang
    Akif meneguk minumannya perlahan sambil tersenyum memandang Akid. Dia membalas senyuman itu lalu bangun dan melabuhkan punggungnya duduk bersebelahan dengan Akif di atas couch bertentangan dengan kaki katil.. “You’re so quiet tonight, are you okay?” Akid merenung wajah Akif dalam.. Sabar menanti jawapan.. “..Im a bit busy recently, penat kut.. Nothing lah.” ujar Akif tersenyum sambil mengusap lembut rambutnya.. “Really? ..Selalunya biy yang paling bising, i miss ur jokes, your stupid face and stupid expression. i miss that..” ujar Akid lalu melentokkan kepalanya di dada Akif.. Hmmm bukan selalu ada peluang untuk bermanja sebegini. *Duduk kat kolej tanpa Akif sebenarnya amat menyiksakan buat Akid. Moreover ketiadaan Akif di KTE XII membuatkan rasa rindunya pada budak tu sentiasa membuak-buak sepanjang masa.. Namun apakan daya, masa tak pernah tunduk pada kemahuan insani, bila Akif menamatkan senior high pada penghujung tahun lepas, bermula lah episod cinta jarak jauh di antara mereka. Namun Akid tidak boleh menjadikan itu sebagai alasan untuk melupakan maksud dan tujuan keberadaan nya di KTE XII.. Harapan mama dan papa yang menggunung masih terpikul di kedua bahunya. Pengorbanan mereka padanya harus dibalas dengan sebuah keputusan yang cemerlang.. Akif memaut bahu Akid lalu mengucup lembut sipi kepalanya.. “Its been so hard for both of us since biy grad dari KTE XII.. I know, but this is life.. Everyday we deal with real things and real stuff, biy harap baby dapat habiskan senior high ngan keputusan yang cemerlang. I know you can make it..” ucap Akif lembut sambil merenung wajahnya dengan sinar penuh pengharapan.. Akid hanya mampu mengangguk mengiyakan kata-kata Akif.. Entah kenapa hatinya tiba-tiba digigit rasa sebak dan sayu.. Dulu aku asyik tuduh Akif ni sakit, sakit itu la, ini la... Sekarang ni sampai plak giliran aku yang sakit.. Berada sebegini dekat dengan Akif pun rasa rindu yang aku kumpul sepanjang berjauhan selama ni masih belum terubat.. Bagaimana agaknya andai satu hari nanti takdir menuntut agar aku berpisah lebih jauh dari Akif?.. Pasti penyakit ni akan menjadi lebih parah.. and the worst thing is, tak ada seorang doktor atau preskripsi pharmaceutical pun yang mampu sembuhkan aku selain dari Akif.. Budak yang satu ketika dulu pernah aku benci dan takuti. Kini budak yang aku benci dan takut itu la yang menjadi penghuni tetap daerah yang paling peribadi di dalam hati aku... Hopefully he wont flush all of these in vain... 

Tangan Akid mengeletar, jantungnya berdegup semakin laju..

    “Hold on a sec, biy nak shower jap.. baby nak join tak? hmmm.. Been a while since we shower together, aite? Come on, i need you to rub my back.” ..Akif merenungnya nakal. Akid hanya tersenyum malu sambil menggelengkan kepala.. Gila nak mandi! Sejuk kut! Beside sebelum kuar tadi aku da mandi siap-siap.. “Nop.. go take ur shower, baby sejuk laa.. brrrrrr.. Quickly! Go, Go, Go! .. Nak call mama jap cakap overnight kat CH or else she send mr. police to pick me up!! Biy tak inform kat mama ag kan?.. Socay, biy shower la dulu.. i’ll call her now” haha.. Mama.. Walaupun Akid da menginjak usia 17 tahun, umur yang boleh dikira sebagai young gentleman tapi mama still layan Akid cam budak kecik.. Maybe sebab Akid ni anak tunggal kut.. Alasan yang boleh diterima akal. Ibu mana yang tak bimbang kalau satu-satunya permata hati yang menjadi penyeri keluarga tetiba tak balik rumah tanpa memberitahu dimana dia berada dan bersama siapa...

    Seperti yang Akid jangkakan, mama tak menghalang niatnya overnight di rumah Akif with one condition! No crazy nightout and stay put! Hahaha like always.. Mom is always a mom no matter how old you are! Love you mama.. Setelah menghabiskan minuman di dalam mug, Akid menarik laci meja tepi untuk menyimpan phone and took everything out of his pocket. *Keys and wallet for sure! Rimas rasanya.. dan saat itulah matanya terpandang tiket penerbangan MAS yang terselit bersama sampul surat dan dokumen perjalanan.. Drawer ini biasanya kosong! ..Im sure passport ni milik Akif!! Mama dan papanya baru je berlepas ke luar negara, takkan passport diorang tertinggal kut?.. Akid memberanikan diri menyelak laman pertama.. !! .. dan ternyata telahannya benar.. Ya.. pasport itu punya Akif.. Perasaannya yang kian berkecamuk dengan emosi yang bercampur aduk memaksa Akid untuk mencapai sampul surat itu lalu mengeluarkan isinya.....

.......

QUEEN MARY
University of London

Student ID: EFP96032813
Major: Economics and Politics
Semester: Fall 2012

Dear Akif,

Congratulation! You have been accepted to the School of Economics and Finance, QUEEN MARY University of London for the fall 2012 semester................

.......

Tangan Akid mengeletar, jantungnya berdegup semakin laju.. perlahan dicapainya tiket penerbangan MAS yang terselit di antara sampul...


NAME/NAMA ZAINUDDIN MR
FROM/DARI KLIA - KUALA LUMPUR                      GATE/PINTU C37
TO/KE HEATHROW - LONDON                            GATE/PINTU  55
DATE/TARIKH 22SEPT12
TIME/MASA 23:10

Akid terduduk!! ...                        ...Esok...                      ...Tarikhnya ESOK!! ...

Its a beautiful magic , too wonderous to behold . #Love
 
    Hatinya sebak.. Sedari tadi matanya sepicing pun tidak terkatup, apalagi terlena berbuai mimpi indah.. Perasaan nya terasa bagai dibadai tsunami yang menggila.. Hati Akid bagai dicarik-carik menjadi cebisan-cebisan kecil, berterbangan bersama segala mimpi indah yang selalu menemani tidurnya saat berjauhan dari Akif... Pedih... Rasa itu seakan-akan belati tajam yang menyiat dada.. Lalu menghambur darah merah.. Membuak.. Menyimbah dinding emosinya.. Keperitan dan gundah yang maha hebat kini bermukim di daerah yang paling peribadi di dalam hatinya!!.. Akif.. Lelaki itu telah lama lena.. Sengaja Akid berlagak seolah-olah bodoh, membisu dan mengabaikan penemuannya itu dari pengetahuan Akif. Laci kembali ditutup rapat, niat untuk meletakkan phone dan wallet dibatalkannya.. Dalam pasrah, Akid menanti dengan debar, menanti dan terus menanti, khabar berita sedih itu keluar dari mulut Akif sendiri.. namun Akif terus membisu .. Gurauan dan jenaka Akif tidak lagi menjadi seperti kebiasaan nya.. Kaku dan sengaja dibuat-buat.. Akid perasan semua itu, namun Akid paksakan dirinya bergelak hambar.. Akif.. Say something dear, adakah malam ni sengaja diadakan sebagai malam perpisahan? Malam terakhir untuk Akid menatap sekujur wajah yang selama ini membahagiakan dirinya.. mewarnai harinya.. menemani mimpinya? Adakah malam ini malam terakhir untuk Akid merasai nikmat setiap sentuhan dan belaian kasih dari Akif? Adakah malam ini juga malam terakhir untuk Akid menikmati saat hangatnya cinta Akif menyentuh tubuhnya? Adakah.. Adakah... ??? ... Tanpa sedar, juraian manik-manik halus berguguran menuruni pipinya.. Akif kejam.. Sanggup meninggalkan Akid terkapai-kapai di tengah lautan cinta yang tak bertepi.. Lemas dan tenggelam di dalam bahana rindu yang pastinya tiada kesudahan... Akif.. Bad boy.. Yes, indeed you are... Like always...

Akif.. Bad boy.. Yes, indeed you are... Like always...


04:30:28 Sunday September 22nd, 2012
_______________________________________________________________________

Ufuk barat kelihatan berbalam dengan tinta jingga yang masih terang menghiasi kaki langit.

    Pandangannya dilontarkan jauh merenung langit senja.. Ufuk barat kelihatan berbalam dengan tinta jingga yang masih terang menghiasi kaki langit. ..Senja.. Ya.. Senjakala yang banyak menyimpan segala rasa dan kabut perasaan yang pernah menghuni dan membadai hatinya.. Tempat dimana segala suka, duka dan lara hati Akid disembunyikan.. Akid perlahan-lahan melarik senyuman.. Dia tak pasti andai senyuman itu mewakili rasa bahagia yang datang dari segala kenangan yang masih segar di ingatannya.. atau.. Senyuman itu mewakili rasa bahagia yang kini masih berada di sana menghuni hatinya.. Bahagia yang dulu dia pernah sangka terpadam, hilang.. dan takkan mampu diraih kembali.. Perlahan-lahan, langit jingga menjadi gelap. Malam secara rasminya melabuhkan tirai, mengambil alih tugas siang menghiasi dada langit.. Sekejap lagi pasti bintang-bintang yang indah begemerlapan muncul menari nari di langit malam.. Bintang yang dulu pernah menjadi saksi pada hangatnya cinta Akid.. Malam ini bintang-bintang itu bakal menari dan berkelip di tempat yang sama... Ya, bintang yang begerlapan itu... Orion.. kisah jula juli bintang tiga..
“Papa..” ...
Akid menoleh lalu tersenyum senang memandang si kecil itu yang berlari-lari ke arahnya.. Thakif Emani Amsyar.. Bintang yang dipetik dari langit yang seketika dulu pernah menjadi mimpi dan impian nya, bintang itu kini menjadi permata dan pengarang jantung yang menghiasi hari dan malammnya.. “Come to papa..” Akid tersenyum senang sambil mendepangkan tangan nya, memaut dan merangkul si comel yang cilik itu ke dalam dakapan.. Hatinya berbunga-bunga.. “Smell good.. Akif da mandi ehh..?” usiknya sambil mencuit hidung si comel yang kini berada di dalam pelukan nya.. “Aahh.. today i take bath on my own..” .. ujar si comel itu sambil menyeringai menunjukkan giginya yang putih dan tersusun rapi.. Pandai.. nak mengadu dah gosok gigi la tuu.. Akid mencium lembut pipinya.. Ciuman penuh kasih..
“Abang.. Makan malam dah siap, jom makan.. Lepas tu nanti boleh solat jemaah sama-sama..” ... Rania Qaleysha isterinya... muncul dari sebalik langsir yang sengaja dibiarkan bebas memadu kasih bersama angin malam yang berhembus...

    Akid mengangguk sambil melemparkan pandangan nya ke arah langit yang kini kelihatan pekat .. Gelap.. Ummm bintang-bintang belum muncul lagi .. Sabarlah .. Kegelapan itu hanyalah sementara .. Sekejap lagi kegelapan itu akan ditemani kerdipan cahaya bintang-bintang yang bertaburan ... Bersabarlah duhai malam... Akid tersenyum sambil berlalu ke meja makan... Akif, si comel itu pasti sedang menunggunya..

Sweet is the memory of distant friends ! Like the mellow rays of the departing sun , it falls tenderly , yet sadly , on the heart.

20:28:18 Saturday March 28th, 2020
_______________________________________________________________________
    
The End
_______________________________________________________________________
 
 
    Hahahaha.. very the drama melayu kan. Sadly.. but Well!! Thats it!! Tamat suda Asrama the Series.. Sorry guys. EP bagi siri mini novela cinta terlarang ini sengaja dipendekkan bagi memberi laluan pada kesinambungan kisah ini pada karya yang akan up di Blog SecretGarden sedikit masa lagi. U guyss sabar la. Mini projek tu tengah berada di stage suntingan akhir.. So nantikan lah yeeee ... Daaaaaa...


    05:25pm - Sorry again wat u guyss tertunggu-tunggu .. Manuskrip EP 11 sebenarnya da siap bberapa hari lepas but busy sangat sampai tak sempat nak up kat Blog.. Sorry moryy hokay.. Hahaha.. Now that Asrama the Series da tamat, aku plak tgh siapkan manuskrip untuk projek mini yang seterusnya.. urmm korang tunggu je la kemunculan mini novela aku yang akan datang *Wink Wink!... C Comel?? Oohh budak nakal tu.. Ade.. Busy with his Hay Day games! Pening la tu order tak complete-complete agy.. Nak speed up game, diamond lak xdak .. Hmmm mampu tunggu je la.. hahha.. *We both supposed to hv class today but we skip! - End of question! Hahaha K guyss have a good day, happy working to those yang still koje and hv a splendid Tuesday... Daaaaaa.....

10 comments:

  1. Kid, terus terang I nk ckp yg I tak puas ngan ending cerita ni. Satu ending yg agak simple tp kelam kabut. Jauh di sudut hati pembaca inginkan suatu klimaks yg boleh memberi kepuasan, yg boleh diterjemahkan sbg lega walaupun menerusi monolog rasa dr watak utama. Mematikan watak dgn cara begitu seolah2 akid menghukum pembaca dan menerjahkan hiding agenda pd mereka. Pembaca punya rasa dan perasaan yg ptt dihormati. Dalam penulisan, penulis mesti meletakkan dirinya dlm 2 situasi iaitu sbg penulis dan segaligus sbg pembaca. Jadi jelas dlm hal ni Akid menghukum kami sbg pembaca dgn menggantung perasaan yg gundah gulana tanpa barisan bicara penutup yg selesa... Argghhhhhh......jentik hidung kang... :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn .. Heee ... Out of plan actually ... Akid cuma nak concentrate ngn projek mini novela yang baru .. Susah nanti nak keep up ngan 2 siri yang berjalan serentak .. Mahaaap ocayyy .. *But yes! Poor Qalif .. Hmmm .. Iv been so unfair to him ....

      Delete
  2. I hate you. Bnyk kali dah baca cte ni. But this time. I feel it. Fvck this feeling. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Whopsss , pe kata akid sambung blk ep asrama d series nih ? Hahaha ? I knw , iv been so unfair to qalif n akif dgn ending rocketed dari 0 to 100 in single update .

      Delete
    2. Huhu....
      It is confirmed now....possitive.
      Hopefully one day u'll change.
      ~Lyd

      Delete
    3. Change ? How am tht suppose to means ?😐

      Delete
  3. @Tinny Wheel 65582 , isnt it obvious ? Yeppp

    ReplyDelete

Say sumthin fellass ! This box is all yours .. Thanks for droppin by !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...