![]() |
I guess man are easily led astray by temptation huhh? - Aeryl |
Aeryl memandang kosong ke luar jendela.. Kepenatan setelah
seharian bergelumang dengan buku dan kelas tanpa henti.. Marathon! ..Perutnya juga
terasa kosong.. Natijah dari terlalu leka mencari buku rujukan di library sehingga
terlepas lunch hour.. Buku-buku antik ni sepatutnya disalin ke dalam bentuk
digital bagi memudahkan semua orang! Jual je kat Amazon.com! tak pun kat google
play! - Senang orang nak godek kat portable device! Author boleh buat duit dan
aku tak perlu la bersusah-susah nak selak semua inventori yang ada kat library
tu.. Gara-gara buku, aku plak yang terlepas waktu lunch.. lapar.. belum tambah
terlewat masuk kelas lagi.. menyusahkan betul ..
Trafik Bayswater yang agak perlahan petang itu membuatkan
perjalanan 3.2km menghala ke persimpangan Palace Avenue terasa amat lama dan
jauh. Ditenung jarum Audemars Piguet di tangannya baru menunjukkan pukul 4.30
petang.. hmmm mama pasti sedang menunggu untuk minum petang.. Perutnya dah
berberapa kali menyanyi lagu keroncong* minta di isi.. sabar okay, we’r heading
home, ujarnya sambil menghalakan pandangan ke luar jendela, memandang pokok
birch dan gumtree yang terdapat di kiri kanan Bayswater rd yang kelihatan makin
menghijau.. Itu bermakna pesta bunga-bungaan akan bermula sedikit masa lagi. Spring
is here Aeryl! Yess!! Kota batu dan kaca ini akan kelihatan benar-benar hidup
sehingga pertengahan September nanti, permulaan bagi musim luruh.. Aeryl senyum
lagi.. *Lapar & lagu keroncong? Apa kaitannya, ada siapa yang
boleh explain tak?
London...
Sepanjang 19 tahun, kota batu inilah yang melatari zaman
kanak-kanak dan remajanya. Walaupun hidup jauh dari bumi Malaysia. Norma dan
gaya hidup sebagai orang Asia tetap mama kekalkan. Sesetengahnya pula disesuaikan
dengan budaya dan norma Londoners yang jauh lebih ringkas dan mudah. *Fushion
kata mama! Dan aku, mungkin kerana membesar bersama-sama dengan
suasana yang telah tersedia begini, sedikit pun tidak kekok atau teragak-agak
ketika bergaul atau merayap kemana-mana bersama Justin, Aina atau kembar Janice
dan Jaime. Justin dengan Aina merupakan sahabat baik Aeryl sejak dari
preparatory school, sementara kembar Janice dan Jaime pula dikenali semasa
menuntut di lower high Southbank International, perkenalan yang tidak
disengajakan atas pertembungan minat yang sama.. Chelsea F.C. !! Football!!
Bagaimanapun, tempoh 19 tahun ini seolah-olah berlalu dengan
amat pantas dan cepat.. terasa seperti baru semalam Aeryl berlari-lari keluar dari
pintu apartment menuju ke St Nicholas Preparatory School yang terletak cuma satu
blok dari Albert Court.. Dan Suzie.. pengasuh itu pasti akan terkedek-kedek
mengejarnya sehingga sampai ke kawasan pagar sekolah sambil termengah-mengah
kehilangan nafas. Poor Suzie, pengasuh itu selalu je menjadi mangsa dirinya
yang hyperaktif!.. Aeryl tersenyum kecil ..Sesaat kemudian dia menggeleng-gelengkan
kepala, lucu dengan sikap nakal dirinya yang selalu membuli wanita itu
sepanjang zaman kanak-kanaknya dulu.. Hari ini, walaupun Aeryl telah layak
diketegorikan sebagai young gentleman pada usia awal 21 tahun.. Segala
keperluan dan kelengkapan hariannya masih diatur dan disediakan oleh wanita
yang sama.. Suzie, wanita separuh umur itu masih setia berkhidmat untuk mama,
dan untuk Aeryl khasnya.. Tanpa wanita itu hidupnya pasti berantakan! Kalut dan
bakal tak terurus.. Untung pengasuh itu betah dengan segala kerenah dan fiil
Aeryl yang berbagai sedari zaman kanak-kanak hinggalah remaja.. dan kini bakal
menginjakkan kaki ke alam dewasa.. DEWASA.. satu zaman yang sedikit menakutkan
baginya.. Ya ..Its even sounds like a monster...
* * *
Kereta dipandu perlahan lalu diberhentikan betul-betul
dihadapan pintu masuk utama ke west wing Albert Court. Seperti biasa suasana di
ruangan itu sentiasa lenggang dan tenang seperti hari-hari sebelumnya. West
wing cuma dihuni oleh dua keluarga, aras satu dan dua dihuni oleh Datin Azizah
- mamanya, bersama dengan tiga orang pembantu manakala aras tiga dan empat
dihuni oleh pasangan Belanda yang jarang-jarang kelihatan..
**Beginilah hidup di tengah kota London, masing-masing sibuk
dengan urusan sendiri.. Bagaimanapun, pasangan Belanda itu selalu mengadakan
parti kecil atau hi tea untuk meraikan kawan-kawan di terrace Albert court..
dan yang pasti, nama Aeryl dan mama adalah antara senarai tetamu yang wajid
diundang! ..Cuma itulah satu-satunya peluang untuk Aeryl berbual dengan
pasangan itu sebagai jiran..
Setelah chauffeur membukakan pintu, Aeryl segera melangkah
keluar dari perut kereta. Uncle Samuel, pemandu peribadinya yang berketurunan
India itu segera menunduk sebagai tanda hormat.. “Welcome home sir.” ..
Aeryl hanya tersenyum pada lelaki itu lalu meneruskan
langkah menaiki tangga ke arah pintu utama Albert Court.. Perutnya yang lapar
harus segera diisi.. ape je la menu minum petang yang ada untuk dimakan?
Brownies dengan cupcake bukannya boleh mengenyangkan sangat.. nak buat alas
perut pun tak lepas - Aeryl bergumam lagi..
“Welcome home sir.” ..Suzie menyapanya dengan senyuman
sejurus Aeryl melangkahkan kaki memasuki ruang legar utama apartment lima bilik
itu. Seperti biasa, Suzie bertindak pantas menyambut beg yang masih tersangkut
di bahunya sambil menanti Aeryl selesai menanggalkan trench coat yang masih
tersarung di badan.. Wanita itu segera beredar ke dapur setelah menyangkutkan
trench coat miliknya ke dalam build in wardrobe yang terletak berhampiran pintu
utama..
“Nanny, Im starving, what do we have for tea?”.. Aeryl
melangkah ke ruangan meja makan yang terletak bersebelahan dengan ruang legar
utama.. matanya melilau.. mana mama? ..
“Nothing much sir, just a few alien delicacies your mother
bought from Malaysian restaurant in Sussex Gardens. ” ..
“And nanny, where is mother?” ..
“..Maybe still in her reading room.. She will join you for
tea shortly..” ..
Ohmyyy.. Karipap.. Roti canai pun ada! My favorite! Da la
aku tengah lapar nih .. yummm.. tangannya pantas mencapai karipap yang telah sedia
terhidang di atas pastry display.. Suzie bertindak lebih pantas menepis
tangannya.. *Jahatnye cakap kuih karipap dengan roti canai ni alien..
sedap taukk..
“Wash your hands first!..” .. Suzie menegah..
“Owhh please.. Just this one.. Please, please..” .. Aeryl
tayang muka kesian dengan puppy eyes.. Sumpah lapar! Tak tipu..
“No! wash your hands first. Now go..” .. wanita itu masih
berkeras menegah..
Alaaa... Lapar kut, bukannya tangan kotor pun.. Hmmm nak
kena dia nih! ..Spontan itu Aeryl mencucuk perut Suzie! Seperti lampu yang
ditekan suiz, saat itu juga wanita separuh umur itu terlompat-lompat melatah. Aeryl
yang memang seronok menyakat wanita itu mengekek ketawa sambil berlalu ke sink
yang terletak di atas tabletop dapur.. Mencuci tangan lalu menayangkan
tangannya yang masih menitik basah pada Suzie yang kembali sibuk menyambung
kerja-kerjanya yang terbengkalai sebentar tadi .. Tea dengan menu Melayu pun
nak pakai table setting English jugak ke? Rimas je bila meja penuh ngan gelas
dan cutlery.. Takkan la makan karipap cicah butter ngan peanut moist .. Hmmm
mama la ni .. fushion sangat.. jahanam je authentic flavor yang ada kat kuih tu
..
Setelah Aeryl duduk dengan selesa, Suzie segera menuangkan
teh chamomile kegemarannya ke dalam cawan.. 1st thing 1st ..aku nak belasah
roti canai dulu! .. Yummm.. Suzie yang berdiri di sampingnya tersenyum kecil,
melihat gelagatnya yang seolah-olah kebuluran.. Wanita itu walaupun
berkali-kali disakat, tetap tidak pernah ambil hati dengan kenakalan Aeryl..
Segala kerenahnya dilayan dengan sempurna walaupun kadang-kadang kesabarannya
tercabar sehingga ke titisan yang terakhir.. hahaha Bad me!
**Suzie ni dulu pernah bersuami dengan seorang Dutchman. Tapi
entah macam mana lelaki itu pergi bersama wanita lain setelah 2 tahun menjalani
hidup bersama.. Sial punya jantan.. tapi bila difikirkan bagus jugak.. dengan
adanya wanita itu, segala keperluan dan kelengkapan harian aku terurus dengan
sempurna.. mama? Mama selalu sibuk dengan urusan persatuan dan kelab.. start
dari aku masuk lower high hinggalah sekarang, mama jarang-jarang melekat kat rumah.
Wanita separuh umur itu la yang banyak mengambil alih tugas mama melayan fiil
dan kerenah aku yang pelbagai, tak kira la siang atau malam.. Suzie - Nanny
bulat yang sangat tegas! ..namun amat penyayang...
“There you are! Mama ingatkan tak sampai lagi.. Im expecting
you for tea.. Sorry my dear, mama on call dengan Aunt Lilian tadi.. Shall i?”
.. mama yang muncul dari arah bilik bacaan menegurnya sambil tersenyum..
“Yes please, sorry sebab tak tunggu mama, Aeryl lapa sangat
ma. I skip lunch today! My tummy hurt like i was a child from african desert
stranded here in London..” ujarnya dengan mulut yang separa penuh.. Roti canai
itu amat kena dengan seleranya.. kuah kari yang pekat dengan sedikit sambal itu
benar-benar menawan perutnya yang terasa bagai dicakar-cakar - kosong..
“Poor boy.. Tadi mama pergi Paddington dengan Aunt Lilian,
singgah Sussex Gardens jumpa Aunt Sara kat cafe. Alang-alang da ada kat sana, Aunt
Sara terus bekalkan takeaway kuih favorite Aeryl untuk tea.. How was it?” ..
panjangnya celoteh mama.. mom always a mom no matter how old you are! I tell
you guys, its true - no jokes!..
“Great.. like always.. Aunt Sara takda tanya pasal Aeryl ke
ma? Ne tau kalau-kalau dia nak belanja dinner? Graduation gifts aritu pun Aeryl
tak tuntut lagi.. hmmm..” ..Aeryl bergumam ..
“She did.. its been a while since your last visit.. She miss
you alot ..and yes, your Uncle Azmi too.. They send you their best regards..
Both busy with catering order for Malaysian hall, sebab tu tak dapat datang
masa graduation Aeryl aritu.. Call Uncle Azmi and take him out for coffee with
your friends..” ujar mama sambil mengenyitkan* mata. *Itu
adalah signal untuk arahan okay! VETO!
Aeryl hanya mampu mengangguk sambil meneruskan kunyahan yang
tertahan-tahan mendengar celoteh mama..
“yes ma’am..” sahutnya pendek sambil menyudahkan kepingan
terakhir roti canai yang masih bersisa di dalam pinggan.. and now turn karipap
plak .. come come to papa.. aummmm.. inti sardin dengan kentang! Fuhhh.. memang
Heaven!
Setelah menjamah 2 keping biskut dan menghabiskan teh
chamomile di dalam cawan, mama segera bangkit lalu menghampiri Aeryl yang sedang
khusyuk mengunyah sambil membaca salinan nota ringkas yang sempat diconvert
masuk ke dalam kindle. Aeryl cuma tersengih bila terperasan mama telah pun
berdiri di belakangnya. Mama mengelus lembut anak rambut yang terjuntai di dahinya
sambil tersenyum senang memandang gelagat putera tunggal kesayangan nya itu..
Masa berjalan terlalu pantas. Sedar tak sedar, Qairel Naufal
Al-Adruce - Putera tunggalnya itu, telah pun menginjak usia 21 tahun.. Dewasa ..Terasa
seolah-olah baru semalam Aeryl merengek-rengek dalam dakapannya sejurus selepas
dilahirkan.. kecil, merah dan sangat comel.. Rupa-rupanya selama ni buah
hatinya itu membesar dan menjadi dewasa di depan matanya tanpa disedari.. Datin
Azizah merindui zaman-zaman itu.. Zaman yang pastinya dirindui oleh kebanyakkan
ibu .. As a new mother, everyday is indeed a new day..
Aeryl masih leka merenung screen kindle dengan dahi
berkerut-kerut.. Mama mengambil peluang itu untuk memicit-micit tengkuknya
perlahan.. Ahhh.. Sumpah selesa! Thanks mom.. I really need a good massage..
Yes.. One real GOOD massage..
And those sensual touch reminds him of someone.. Kalau la
budak kecik tu ada kan senang.. boleh jugak aku buli dia mengurut sampai lenguh
ngan pegal kat badan aku ni hilang.. Lambat lagi ke nak summer? Duhhh.. Masa
cepat-cepat la berlalu weiii .. tak sabar-sabar da ni nak tunggu summer .. Why?
Of course la sebab summer break !! Weeeee... In other word : Cuti! ..
“Suzie, you can ask Aeryl for his dinner menu tonight.. Mama
dengan Aunt Lilian nak keluar tengok teater malam ni.. we will have our dinner
outside.. nanti Aeryl cakap kat Suzie menu apa yang Aeryl nak makan untuk
dinner.. okay sayang?.. And Suzie, make sure the plumber upstairs clear their
work before im home tonight..” .. Mama mencium lembut ubun-ubun kepalanya sebelum
berlalu meninggalkan ruangan makan menuju ke biliknya di aras dua.
“Yes ma’am..” ..
Aeryl cuma tersengih memandang pengasuhnya yang sibuk
membantu Judith - Ladymaid yang mama hired khas untuk mengurus segala tugas
yang berkaitan dengan dapur. Seorang lagi Housekeeper - Tracey, mama hired khas
untuk tugasan housekeeping. Jarang-jarang kelihatan on weekdays. Memandangkan
kerja-kerja housekeeping telah lama selesai sebelum menjelangnya petang. Aku
hanya berada di rumah pada waktu itu sejurus pulang dari College..
Secara teknikalnya, keluarga mini mama diuruskan oleh 5
orang pembantu tetap. Seorang Housekeeper, Seorang Ladymaid, dua chauffeur dan
seorang nanny. Bila ditambah, ditolak dan dibahagi.. boleh laa dikira family of
7.. Mama lebih selesa menganggap semua pekerjanya sebagai sebahagian dari keluarga..
Itu akan membuatkan mereka bekerja dengan lebih gembira dan lebih ikhlas *Kata
mama laa. ..Walaupun mama banyak memberikan kelonggaran, namun
protokol tugas dan etika terhadap kerja tetap mama utamakan sebagai elemen penting..
laws Do’s and don’t perlu diaplikasikan dan diguna pakai sesuai dengan masa dan
keadaan. *Ini bukan undang-undang keluarga Nohara okay.. Ni cuma sebahagian
dari undang-undang Datin Azizah - my mom aka ma’am to this Household! Tak
banyak beza pun dengan characteristic Pn Nohara dalam siri shin chan tu! But im
not shin chan, eyebrows aku tak la setebal tu!!
Aeryl jungkit bahu .. Serious, dia blurr dengan menu jenis apa
yang ingin dimakannya untuk dinner malam nanti.. Biar la dulu, as for now, belum
ada sebarang menu yang terlintas di kepalanya.. Mungkin juga sebab perutnya da
penuh dengan karipap dan roti canai .. Mungkin ..
“Im still full nanny.. and Judith, make sure you remind my
nanny about the menus later.” ..
“Yes sir..” ..
Urghhhhh... One tough day... Sumpah penat gilaaaa... Heaven,
bila dapat berbaring dan berehat camni setelah penat dengan urusan seharian di
luar... Matanya perlahan terkatup rapat... Hopefully short nap will ease this
exhausted body and this tiring soul.. Hmmm..
![]() |
I don't have an attitude problem , I have a personality you can't handle!! - Aeryl |
* * *
Ditenung jarum Audemars Piguet di tangannya baru menunjukkan
angka 8.. Hmmm mana Aina nih? Kata 8pm sharp?.. Pandangannya segera dihalakan
ke luar tingkap mencari-cari kelibat Aina* namun bayang-bayang gadis itu masih
tidak kelihatan di antara manusia yang bersimpang siur lalu di depan restoran.
Satay House! Restoran milik pengusaha malaysia yang terletak di Sale Place
Paddington. Antara restoran rasa Malaysia yang digemari Aeryl dan Aina..
Justin? Budak kecik tu pun suka jugak makanan Melayu tapi kurang kebal dengan
tahap kepedasan sesetengah menu, terutama menu-menu Thai, sama seperti dirinya.
*Aeryl’s bff, Farah Aina Sofea, gadis cantik kacukan Kelantan dan selatan Thai.
Kawan baik aku sejak preparatory school kat St. Nicholas.
Sedang Aeryl sibuk menggodek z10 miliknya mencari-cari nama
Aina di dalam contacts, tetiba dia dikejutkan dengan suara Aina menegurnya..
‘Hi handsome! ..Sorry for the long wait. Kau da lama sampai
ke? ..Jalan jammed la sayang.. Ada accident kat Carriage Drive, junction nak
masuk Bayswater. Traffic stuck for almost 15min until Police arrive and direct
the traffic back to normal.. Sorry, sorry..” Aina, gadis itu bergumam panjang
sambil melabuhkan punggung mengambil tempat duduk bertentangan dengannya..
“Socay.. Nasib baik janji dinner kat Satay House.. Kalau
tempat lain memang confirm da lama aku blah..” .. Protes..
“Ala.. Teman aku laa oi.. My mom outstation kat Liverpool
and nobody home.. Bosannya sorang-sorang dinner ngan maid.. Kau da order foods lom?
Everything on me okay, order la.. Kau nak makan apa? ..How about satay and
tauhu sumbat? Yummy aye?..” ..
“Same here.. My mom with Aunt Lilian went out for theater..
Luckily ko ajak keluar dinner, coz im really hungry now.. Maybe i should take
something heavy to fill in my empty stomach..” ..Aeryl tersengih sambil
merenung menu..
“Yeah.. me too..” Aina mengiakan sambil terangguk-angguk setuju..
Lastly Aeryl dengan Aina decide untuk order dua set satay
dengan tauhu sumbat for side dish, nasi goreng cina dan nasi beriani ayam -
course meals, and ABC - desert ! Menu yang surely buat mereka berdua full.. *Foods
kat sini memang sedap okay.. An exact copy to those yang korang makan kat
authentic Malay & Thai cuisine kat Malaysia.. or so.. i never been there..
hee..
Earlier that evening, Aeryl sengaja memberitahu Suzie untuk
membatalkan menu makan malam yang sedang disediakan Judith di dapur. Itu pun
setelah mendapat sudden call dari Aina yang mengajaknya keluar dinner di Satay
House Paddington.. Disebabkan lama dah tak makan kat situ, perutnya pula tengah
kosong*, so he decide to tag along with Aina. Sambil makan sekurang-kurangnya ada
juga teman untuk berborak.. I mean berborak pasal casual stuff and daily life
masing-masing.. Bukan sebab kat college dia langsung tak ada kawan nak berborak
pasal semua tu.. Ada la jugak kawannya dalam dua tiga orang, tapi biasalah.. Medium
perbualan bersama colleagues cuma berkisar tentang bahan ilmiah, rumus, teori
dan fakta! Otaknya dah tepu dengan semua tu.. He seriously need a break.. Heeee
and thanks to Aina for this lucky escape. Aeryl sendiri pun tak terfikir
langsung nak call Aina and ask her to ditch out somewhere for dinner or just
lepak kat mana-mana for nice drink and nice chat.. *Caution!
Fast foods, Kuih dan apa jua jenis biskut memang tak mampu nak sustain
kelaparan untuk tempoh yang lama. Please take note!
“Ehh.. Summer break depan aku balik Malaysia tau.. Ko tak
nak join?” ..
“..Malas la Aina.. You know my mom..” ..
“Pelik gak.. Family ko memang dua orang je ekk? Takkan la
tak ada living relatives yang masih ada kat Malaysia..” ..
“..Nop.. None.. or so.. That is what mom’s told me..” ..
“Aa’ah kan.. You’re the only Malay Londoners yang aku kenal
tak pernah balik Malaysia! ..Hmmm.. I think you better dig everything out of
your mom.. She must be hiding something under the carpet..” ..
“Na’a.. I trust my mom with my life okay.. Kalau ya pun ada
something yang mama hide dari pengetahuan aku, surely she done that out of
goods for both of us.. Obviously..” ..
“Malang nasib kau kan.. Aku ni kira bertuah la jugak, walaupun
granny and grandpa dah tak ada, at least aku masih ada saudara mara sebelah
ayah and mama. Every year bila balik raya, mesti meriah.. Haaa.. Belum tambah
jiran-jiran lagi.. Best wooo.. You should learn how to play bamboo cannon
someday.. I’ll teach you.. Nak?” ..
“I wish too.. But for sure lama lagi la Aina.. Maybe masa tu
nanti kau pun dah ada baby dengan Shahiran.. hahaha..” .. Bergurau.. Sekadar
menghibur hatinya yang mula digigit rasa tak selesa..
“Its okay.. Masak da dengan perangai your mom.. Takpe.. Just
let me know kalau kau da rindu ngan masakan rendang fushion aku.. Just let me
know tau.. tau.. tau.. Tapi kalau hangus tu redha je la ekk.. haha” ...
“hahaha.. Yela cik Aina.. Maksure ada lemang sekali okay..
hahaha.. sedap kalau dapat makan ngan rendang..” ..
“Mana nak dapat buluh kat tengah London ni oiii, rencah
rendang pun aku kena pergi beli kat Southall taukk!.. Melampau la demo nih!.. Demand
lebih!..” ..
Hahahahaha...
Gelak mereka meletus.. Kegelisahan yang seketika tadi
mengigit hati Aeryl hilang bersama rasa terhiburnya dapat berbual dan bergelak
tawa bersama Aina.. Hmmm.. Kalau Justin ada pasti lebih meriah.. Surely meriah!..
Lama da tak call budak kecik tu.. Hmmm.. Nanti la, sampai rumah baru call,
jangan-jangan da membuta?.. Tah apa khabar budak tu kat Scotland sana.. Bila
nye nak bercuti ... Rinduuu ...
Jam di tangannya menunjukkan pukul 11 malam saat dia
melangkah keluar bersama Aina dari Restoran Satay House.. Lewat .. Kantuknya
sengaja ditahan-tahan dengan white coffee Satay House yang memang UMmphhh*!
Tambah bila berbual dengan Aina.. Bahan bualan jadi meleret-leret sampai tak
sedar masa berlalu dengan pantas.. *Double thumbs up!
“Ehhh.. Kau nak balik ngan aku ke your chauffeur will take
you home? .. Kalau kau nak aku boleh suruh driver lalu Prince Consort rd..” ..
“Na’a.. Uncle Samuel on his way here to pick me up.. You go
first.. and jangan lupa sampaikan salam aku kat Uncle Sam.. He should treat me
out for coffee sometimes.. haha..!” ..
“Alright.. Good night Aeryl.. im off” .. Aina berlalu ke
arah kereta yang sedang menunggu tidak jauh dari compound Satay House entrance tempat
mereka berdiri tadi..
“You too Aina.. Good Night..” Balasnya sambil melambai ke
arah Aina yang turut melambai ke arahnya sebelum masuk ke dalam perut kereta..
Selang berberapa minit setelah kereta Aina bergerak
meninggalkan Star rd, barulah Uncle Samuel sampai untuk menjemputnya pulang..
Sejurus masuk ke dalam perut kereta, apa yang terbayang di dalam kepalanya
hanyalah katil dan telefon! Yap.. Matanya mengantuk stelah penat seharian
bergelumang dengan buku dan kuliah.. He need a rest.. Good one! Tapi sebelum tu
dia kena buat panggilan telefon ke Scotland.. Dia rindu dengan suara budak
kecik itu.. Justin.. Its been a while since they talk to each other on the
phone.. Matanya dipejamkan rapat.. BMW 740Li itu meluncur laju membelah dingin
malam kota London.. Penumpangnya harus segera sampai ke rumah...
* * *
Setelah selesai membersihkan diri dan menyarung tight boxer..
Aeryl melangkah keluar dari walk in closet lalu mencapai gelas susu panas yang
terletak di atas meja tulis di sudut bilik tidurnya.. Dia meneguk susu itu
perlahan sambil menggodek z10 yang berada di dalam tangannya.. Contacts di
scroll turun naik lalu panggilan dibuat..
“Hi handsome..” ..
“Hi there.. Sleeping? ..” ..
“Na’a .. You make sleeping sounds like the only option at
this hour..” ..
“Well.. you suppose to sleep at this hour.. Dont you have
class tomorrow?” ..
“Yap.. Early in the morning.. and the only reason im still
awake is because im waiting for your call.. There you are..” ..
“Sorry kiddo.. Been so busy recently with this and that
stuff.. College life sucks.. Im stuck with books and notes all the times..” ..
“You need some help? Im not sure since when i start working
for helping hands and helping head.. Im gladly taking those bills to my
account.. haha” ...
“Thats sounds good if you’re here.. Obviously not now.. Not
tonight.. but im pretty sure about one damnn thing.. I miss you so much.. really...”
..
“I know.. Hey!.. Im home a weeks earlier before summer
break! We will have a plenty of times to roam around this coming summer.. Great
aye?.. Cant wait no more.. and yea.. I miss you too.. Badly.. Madly.” ..
“You do?..” ..
“Yess.. I never been too sure about anything more than my
own feelings.. you moron..” ..
“Hahahaha..” ..
“What are you laughing at? .. Im serious silly.. and dont
play hanky panky thang with those cheap guy.. Dont you mess with me!”..
“Oyea?.. Na’a.. Orgasm is just another words for submitting
assignments.. Never less and never more..” ..
“Bad boy.. You sure? They are all mine and mine alone.. Dont
you dare to splat them like they are nothing..” ..
“Hahaha.. Okay kiddo.. I’ll save em all for you.. No worries..”
..
“.. Kind to come over? You make me sweat.. Please..” ..
“Owhoo.. Now thats too much, you make it sounds like you’re
living next doors?.. I’ll save every bits for you.. Now off to bed.. Im about
to sleep now..” ..
“I miss you.. Surely great if you’re here now...” ..
“Alright.. Alright.. Now off to bed.. Or else sing to me a
few lines.. lulabies also can do..” ..
“Na’a, i dont want too.. Go to sleep and stop talking to me
.. Ever..!” ..
“I’ll call you again tomorrow if thats okay with you.. I
really need to off now..” ..
“Fine!” ..
Tutttttttttt........
Hmmmmm merajuk la tu ... Alright, i’ll call you again
tomorrow.. Good night kiddo.. good night everyone.. Good night world.....
* * *
Aeryl membuka matanya perlahan. Cahaya mentari pagi yang
menembusi arch tetingkap kaca bilik tidurnya itu amat menyilaukan.. Saat itu
dia terasa ada jemari yang mengusap rambutnya lembut. Matanya dibuka luas namun
kemudian dikatup kembali.. Silau ..
Hmmm.. mama.. Pukul berapa da ni? Rasa macam baru je sekejap
tidur.. Ohhh.. Here comes another day.. Harap-harap jangan la haru-biru seperti
semalam - desis hatinya..
“Rise and shine sayang.. Its morning already..” ucap mama dengan
senyuman sambil mengusap lembut rambutnya yang masih kusut. Aeryl yang masih
mengantuk dan malas, kembali menarik selimut namun segera ditegah mamanya
dengan gelengan kepala.. *No, Wake up! Now! This is an order!
“Okay, okay, okay... I’ll wake up... alaaa ma.. 10 more
minutes please? 5 minutes..? .. 1 minute..?..” .. mama geleng lagi tanda masih tak
bersetuju..
Dengan rasa malas yang teramat, Aeryl cuba untuk memaut
bantal bagi membolehkannya bersandar dengan selesa di kepala katil..
Bermalas-malasan sekejap sehingga dia benar-benar awake.. Tabiat bangun paginya
memang begitu.. Liat.. Mama yang masih terhenyak duduk di birai katil segera
membantunya memaut bantal.. That’s surely comfortable!.. matanya digosok berberapa
kali, barangkali masih merasa asing dengan cahaya mentari pagi yang menyimbah terang
biliknya.. Ditenungnya jam diatas meja.. Ahh.. 8am.. Cepatnye la da pagi..
Suzie? Wanita itu cuma tercegat di hujung katil.. Tugas
mengejutkan Aeryl bangun pagi adalah sebahagian dari deskripsi kerja pengasuh
itu.. Maybe pagi ni Suzie tidak berbuat demikian sebab mama insist untuk melakukan
sendiri tugas itu.. hmmm.. There are few particular day, mama will took the
trouble to went upstairs and wake him up like this morning. Apa yang istimewa
sangat pagi ni ekk? ..?.. Its not even my birthday atau birthday mama.. Birthday
mama? Hmmm .. i’m not sure.. yet .. Otak aku masih dalam keadaan separa sedar untuk
memproses semua kecelaruan seawal ni.. I’ll think about that later..
"Now wake up. After that join mama breakfast downstairs..
okay.” .. jari jemari mama masih mengelus rambutnya lembut. Mama yang duduk di
birai katil beralih lalu mengucup dahinya perlahan.. Matanya masih
terpisat-pisat kemalasan.. dia hanya mampu mengangguk menandakan arahan mamanya
itu diterima dan didengar dengan baik.. ahhh... Malasnyeeee...
Mungkin berpuas hati dengan reaksinya itu. mama segera
bangkit dan memberi berberapa arahan tugas pada Suzie sebelum berlalu keluar..
Pengasuh itu terangguk-anguk setelah memahami arahan yang diberikan.. Tah ape pulak
arahan mama pada Suzie kali ni .. Hmmm jangan mama arahkan wanita itu humban
aku masuk bilik mandi dah laa.. Sejukk!! - Aeryl bergumam..
Dia bangun dengan malas. Turun dari katil dan mengeliat
seketika.. Sekadar melepaskan ketegangan urat yang telah direhatkan sepanjang
waktu tidur sambil melangkah perlahan menuju ke walk in closet yang bersambung
dengan wash room dan shower booth.. Biarlah Suzie dan Tracey menyelesaikan
tugas mereka sementara dia mandi dan bersiap-siap. Yang dia tahu, sejurus
selesai berpakaian dan melangkah keluar dari closet itu, biliknya telah pun
dikemas rapi.. heater temp ditekan ke suhu 29’c .. Sesaat kemudian kedengaran
bunyi shower mencurah-curah.. Mandi.. *Seumur hidupnya, Aeryl
tak pernah merasa mandi dengan air sejuk.. Not even in summer! Apalagi di awal
pagi dalam awal musim bunga yang masih bersuhu rendah..
Selesai mandi, selection top dan bottom yang akan
disarungkannya hari itu telah pun diletakkan oleh Suzie di hadapan cermin.
Wanita itu sedang khusyuk mengemaskan ikatan tali kasutnya di satu sudut lain
yang memang dikhaskan untuk simpanan kasut.. Kemeja dari seleksi Teal dan
seluar hitam yang dipilih oleh Suzie kelihatan amat sesuai dengan bayangan
dirinya di dalam cermin.. Perfect! Sedang dia terkial-kial memasang cufflinks
pada lengan bajunya, wanita separuh umur itu menawarkan diri untuk membantu sambil
menyerahkan anak baju dan jam tangan Audemars Piguet kegemarannya - Hadiah dari
mama sempena harijadinya yang ke-18, that was 3 years ago.. Setelah membelek
dan berpusing berperapa kali di depan cermin dia memandang ke arah Suzie
meminta pendapat wanita itu..
“Descent and dashing.. You look perfect in Teal.. sir.” ..
wanita itu tersenyum sambil memastikan pakaian pilihan yang tersarung di tubuh Aeryl
kelihatan sempurna dan berpadanan..
“Good.. Now im all ready to join your ma’am for breakfast.”
.. guraunya pada Suzie sambil tersenyum puas.
“Sir..” .. wanita itu memanggilnya sejurus Aeryl memulakan
langkahnya keluar dari ruangan itu..
“Yes nanny?.. What’s it? ..
“Im sure you are not going anywhere without this..?” .. Suzie
menyuakan cincin yang berada di tapak tangannya..
“Oyesss.. Thanks nanny..” .. dia tersenyum lega. Hmmm patut
la rasa macam ada yang tak kena dengan penampilannya sebentar tadi.. His favorite
ring off the combinations.. Cincin itu hadiah dari Justin.. Punya kenangan dan sentimental
value yang sangat tinggi pada dirinya..
“Now.. Shall we?” ..
“You’re already 5 minutes late, sir.. Your mother has been
waiting for you to join her in dining room..” .. wanita itu mengingatkannya
lagi..
Aeryl terangung-angguk lalu melangkah keluar. Suzie
membontoti langkahnya..
Seperti yang dijangkakan. Mama telah pun mula menikmati
hidangan sarapan pagi di meja makan.. 5 minit lambat pun nak kena mention..
haizzz..
“Good morning ma..” .. dia menyapa mamanya dengan senyuman
lalu melabuhkan punggung di kerusi yang bertentangan dengan mama..
“You’re late sayang..” ..
“Naa.. a prince is never late, everyone else is simply
early..” ..dia pantas menjawab dengan nada mengusik.. Mama ni kan.. 5 min pun
nak berkira..
“Time management is as important as running a country my
dear..” ..
“Sorry ma....” .. dia menjawab ringkas sambil memberi ruang
untuk Suzie meletakkan napkin.. Pancake.. Looks yummy.. Setelah makan hidangan
yang agak berat bersama Aina malam tadi, pagi ini perutnya kembali terasa
kosong belum terisi..
“Aeryl tak payah pergi kelas pagi ni.. Mama dah arahkan Mr.Burton
untuk fax surat penangguhan pengajian Aeryl.. We will leaving to Malaysia later
tonight..” .. ucap mama dengan kunyahan French loaf dengan butter yang masih
diteruskan perlahan..
“Why.. All in a sudden..?” .. dia berhenti memotong pancake.
Pisau dan garpu segera diletakkan lalu mengambil napkin dan menyapu mulutnya..
Kepalanya mula dihujani tanda tanya..
“We’re going home sayang..” ..
“..But our home is here ma.. What about my friends.. My
college.. My clubs.. Everything..!”.. Aeryl protes..
“Still.. We will leaving tonight.. Mama dah arahkan Suzie
untuk pack barang Aeryl..” ..
“Mom please.. I need a concrete explaination.. Why? And my
nanny? What am i capable of without her ma?...” .. selera makannya terhapus
total.. Persoalan demi persoalan makin banyak membanjiri kepala.. Duhhh.. Badi Aina
la ni.. ishhh..
“Dont worry sayang.. Everything will be fine.. you’ll be
just fine as you’re here.. It wont be long. We will be home after that, maybe
after a weeks or so..” ..
“A weeks!?” ... Gilaa... Tunggang langgang la hidup aku
tanpa Suzie! Pengasuh yang selalu dibulinya itu terasa amat penting kini..
Danggg.. How?? .. Aduhhhh la mama...
“Your nanny wont going along with us, she will take control
over this household during my absence.. Someone else will taking care of you in
malaysia.. dont worry.” ..
“Tapi ma...” ... Aeryl mencuba untuk meneruskan protes namun
ayatnya segera dipintas mama..
“End of questions ... Now finish your breakfast and help
Tracey to identify personal stuff you wish to bring along.. Suzie will help you
with the rest.. Quickly now.. And yes, flight time is 2311 tonight!” .. Mama
menyudahkan ayatnya yang mematikan segala niat Aeryl untuk meminta penjelasan
lanjut..
Mama ni pun satu.. susah sangat ke nak explain and buat Aeryl
faham? .. Dushhhh.. Dia memandang sayu ke arah Suzie, meminta simpati.. Pengasuhnya
itu hanya menunduk.. Sama seperti dia, pengasuh itu juga tidak mampu mengubah
keputusan mama.. Putih dan hitam kata mama, putih dan hitam jugalah katanya..
Semua keputusan terletak di tangan mama... Ohhh Aina... Ni semua pasti kau
punya badi! ...
* * *
22:42:12 Wednesday
May 21st, 2014
“Good evening passengers. This is the pre-boarding announcement
for flight MH002 to Kuala Lumpur. We are now inviting those passengers with
small children, and any passengers requiring special assistance, to begin
boarding at this time. Please have your boarding pass and identification ready.
Regular boarding will begin in approximately ten minutes time. Thank you.” *Airport
Chimes.
![]() |
Resist and sayin noo but deep inside its still there . Unmoved . Unchanged . Untouched - Aeryl |
What? Kau ingat mama bergurau ehh? Joking? April Fool?
..Cekadak kau April Fool! .. Sekarang ni bulan May la pandai! Takde, Takde.. 12
hours ahead kau akan jejak bumi asing Aeryl.. Bumi yang selama ni kau hanya
dengar.. Kali ni kau akan melangkah dan menjejakkan kaki ke sana.. Menghirup
udaranya .. Memijak tanahnya.. Bergaul dengan manusia-manusia yang ada di
sana..
* * *
Kenapa mesti
bimbang jika hari nak hujan, sedangkan kita punya payung? Walaupun kita sedar
kita akan tetap terkena tempiasnya tetapi kita masih percaya yang payung itu
dapat melindungi kita daripada hujan dan kepercayaan itu sudah menyelesaikan
satu masalah tanpa kita sedari.. Dan harus di ingat juga, jangan rasa takut atau
gentar bila malam menjadi semakin pekat, sebab itu tandanya siang semakin hampir..
Qairel/Aeryl
London 014
Table
for Two : Bersambung ...
* * *
05:49am - Mood mengantuk ag nih.. Saje bangun awal sikit
sebab nak up EP 01 Table For Two.. FootNote ni pun aku taip ala kadar je sbb yang
penting EP 01 dah pun selamat up kat SecretGarden.. Munem2 guy n gurls n gegirls .. Happy sunday.. Have a splendid weekend.. Aku nak breakfast jap pasni lepas tu sambung tido balik ..
Ahad occay.. Masa untuk berehat2an & bermalas2an .. Daaaaaaaaa *Kenapa tetiba aku ase comel sangat yummyyy pagi neh? Haihhhh.. -_-"
p/s : Komen / Kritikan / Kutukan* anda amat dialu2kan hokay.. Kalau malas nk embed kat posts korang still boleh komplen pape kat aku guna Google drive Form ..Tak susah kan? Ehehe *Aiyooo
Copyrighted 2014 © Ethan Windsor Xii
p/s : Komen / Kritikan / Kutukan* anda amat dialu2kan hokay.. Kalau malas nk embed kat posts korang still boleh komplen pape kat aku guna Google drive Form ..Tak susah kan? Ehehe *Aiyooo
Copyrighted 2014 © Ethan Windsor Xii
Table for two - sudah nampak kedewasaan penulisannya...bahasa yg simple tp tepat pada situasi plot. Sangat2 teruja bila membacanya...teruskan akid. I will support you 101%... :)
ReplyDeleteThanks Zizi , i will work harder to fulfill readers expectations in d future . But dun worry coz siri TF2 rasanya sangat panjang , dengan hidangan plot yg lbh kompleks n konflik yg lebih rumit berbanding ATS . hahaha . Rasanya insiden 'very the drama melayu' takkan muncul kat siri TF2 .. Hopefully .. Thanks again *Wink2
DeleteKid, pat sket la update ep3 dowh! wa tunguuuuuuu!!!!!
ReplyDeleteBaru baca tf2, setuju dgn bro kat atas tu-excited gila baca...keep up ethan (y)
ReplyDelete@Ricky - Da baca update EP 03 kn ? heee .. @Ano - Thanks ^_^ .. Currently tgh working on EP 04 .. Sabo0o ekk , mid sem nih sumpah bz gilaaa
ReplyDelete