Thursday, July 31, 2014

Asrama EP 1


"Im a guy in closet type." - Ahmad Akid [ gambar hiasan ]


.. Akid mengemas dan memasukkan bajunya ke dalam almari pakaian. Dia kini telah selamat menjadi pelajar di sekolah asrama! Mama dan papa memang gila, sanggup menghantar satu-satunya putera mereka ke sekolah asrama penuh yang terasing. Akid cemburu dengan rakan-rakan lain yang menyambung pengajian tingkatan 4 di Sekolah biasa .. Rasa ngerinya makin bertambah tambah bila membayangkan hidupnya nanti bakal berlangsung seperti penghuni penjara. Ohhh NO. Takde kebebasan! Bosan! Tak boleh tengok tv! Urghh.. Bosannya!!! Kolej Tengku Esfahan XII. Entah apa yang menarik pasal kolej ni sampai mama dengan papa beia-ia suruh dia masuk. Instead of me, why not papa n mama je yang duduk sini, try try, Cuba cuba. Im 100% sure diorang pun takkan suka punya.. Aku mangsa keadaan … Akid mengeluh ...


Dia merenung sekeliling bilik itu. Satu bilik dihuni 4 orang. Kolej ini tidak mengamalkan sistem dorm tetapi mengguna pakai sistem bilik. Baguslah. Dia bukannya nak beramah mesra pun dengan semua orang. Sebab dia rasa, dia akan meletup terlebih dahulu sebelum bermula sebarang perbualan dengan individu asing .. So introvert Akid .. boy in closet type. Danggg ..

Dia sebenarnya terlambat sikit mendaftar masuk tadi. The other 3 roommates dah pergi ke dewan makan untuk menikmati lunch tanpa mengambil tahu siapakah rakan ke empat yang akan menghuni bilik ini.. Sadis ~ roommate sendiri pun tak sempat nak berkenalan .. Macam ni la kalau dah x minat, Segalanya akan dilakukan dengan amat sambilewa, malas-malas, ala-ala, gitu-gitu, gini-gini dan pape je yang sewaktu dengannya.. 

Dia ni pun bukan pandai sangat bergaul dengan orang asing, apalagi situasi sekarang menuntut dia untuk berhadapan, berkomunikasi dan lagi teruk - berkongsi ruangan peribadi bersama makhluk makhluk yang tak pernah dikenali. Haizzz ~ harap takde la makhluk-makhluk yang berperangai setan dalam asrama ni. Tu namanya memang sengaja menempah hayunan pelempang buaya tembaga dari dia. Ehhh .. tetiba pulak figura raja bomoh 1m enterprem dalam kepala dia.. Akid tersenyum kelat …

"Im not in the mood la." - Ahmad Akid [ gambar hiasan ]

“ Hai.” Seseorang menyapanya .. Brrr .. Siapa la pulak yang over peramah nih. Dia berpaling ke arah suara yang menegurnya sebentar tadi. “ Hai.” Balas Akid pendek sekadar berbasa basi.. Tak payah nak mesra-mesra alam sangat la kan. Dia mengumam dalam hati. Budak lelaki itu senyum sambil menghulur tangan untuk bersalam. “ Im Adam.” .. “Me Akid.” balasnya sambil menyambut tangan adam. Kang tak sambut di kata kurang ajar pulak.. Layankan aje la.. “ Emm, kenapa tak pergi dewan makan lagi?” tanya Adam. Akid mengerutkan dahi. Budak ni macam nak kena je dengan aku, dah la aku ni memang angin satu badan. Suka hati aku la nak pergi ke, tak nak pergi ke, kecoh la dia nih .. Brrrr .. “ Cepat sikit tau. Pakai pakaian formal sebab lepas lunch ada sedikit taklimat untuk freshies.” .. Akid tak tahu nak tayang reaksi apa. Dia kemalasan. Budak Adam tu masih tak berganjak .. Masih menanti respond pada soalannya sebentar tadi .. Setengah minit berlalu tanpa jawapan ….. “Aku tunggu kau siap lepas tu kita gerak sama k.” Adam menambah lagi. “ Im not in the mood la, aku rasa aku tak pergi kut.” Balas Akid bersahaja sambil menyambung kembali kerja-kerja memasukkan pakaian ke dalam almari. Banyak pulak baju-bajunya! “ Kenapa plak?” Adam dah berkerut dahi, merenung dia yang sibuk menyangkut baju ke dalam almari. “ Saje, malas.” .. Ringkas dan bersahaja jawapannya .. “Wajib attend la wei.” ... Akid perasan ada nada menekan disitu .. “So?” .. Haizzz, budak ni boleh tahan jugak mulut! Aku ni dah la jenis tak cakap banyak, kena pulak roommate yang jenis bising camni.. Urghhh ! .. “Pakai tie sekali tau.” Adam bangun dan bergerak menghampiri pintu sebelum menoleh kearahnya sambil mengenyitkan mata. “Wajib.. and u must go .. see you there” .. Dia sengih. “ Aku gerak dulu la. Dah lambat ni and you better quick.” Ucap Adam sambil berlalu .. Kedengaran derap tapak kasut Adam semakin menjauh dan menghilang.. Akid kebingungan.. Nak pergi ke tak nak? .. Danggg .. Bukan ada pilihan pun, Hmmm .. Bila rasa bengang bercampur dengan rasa marah, dikuasa duakan pula dengan rasa tak puas hati - masak ..Ni la jadinya, event detail untuk hari ni pun dia tak baca kat templat yang diberi sewaktu pendaftaran tadi. Akid ni memang jiwa pemberontak sungguh ! Cam ni elok kau pergi Gaza je .. Ehhhh? .. No no no .. Belum sampai tahap tu lagi kut heeee ... okay-okay, I’ll go ...


--------------------------------------------------------------------


Ohmaigadd, Handsome! Gulppp - Ahmad Akid
[ gambar hiasan ]
Akid berjalan perlahan menuju ke dewan makan dengan mood sebal dan malas, tali tie disangkut ke leher tanpa diikat. Dia sejujurnya tak tahu menahu cara-cara mengikat tali leher. Dia pernah cuba belajar ikat tie dari kawan-kawan di sekolah lama, malangnya, dia terlalu dungu dalam menguasai kemahiran yang langsung tak berkaitan dengan sebarang kepakaran khas, tapi kalau berkait formula hmmm pejam dua belah mata pun dia mampu selesaikan dengan mudah.

--------------------------------------------------------------------

Tadaaa .. Dia kini berada di ground floor dan sedang melalui Koridor Ilmu sebelum seorang lelaki memanggilnya. “Eh, kau sini kejap.” .. Petrified! Akid tak bergerak. Aduh la, apa ke bala pulak ni. Lelaki yang memanggilnya tadi mula menghampiri. “Apesal tak ikat tie?” tanyanya serius .. “Err,”  Akid buat riak muka bersalah. “Saya tak tahu nak ikat tie..” Jawab dia perlahan, halus tapi masih boleh didengar. Sangat memalukan okay kalau seorang pelajar tak tahu ikat tie. Dulu, kat sekolah lamanya dia asyik kena sakat hanya kerana tak pandai-pandai ikat tie. Sedihhh .. Akid memberanikan diri memandang wajah orang yang berada di hadapannya itu .. Ohmaigadd, Handsome! Gulppp .. Akid telan liur... kaku sesaat … Cuma malangnya wajah handsome di depan matanya itu merenung dengan sangat serius - macam singa kelaparan. Duhhh .. Akid muram. Tunduk. Lelaki tadi mengambil tie yang tersangkut di lehernya. “Meh aku buatkan. Ikat tie pun tak tahu. Memalukan.” Rungut lelaki tu. Akid hanya tersengih. Rasa malu dan bersalah bercampur aduk. Tak tahu nak respond macam mana lagi. Membatu dan menahan je badan tergoyang-goyang saat lelaki itu mengikatkan tie di lehernya .. “Siap” .. Akid mengangguk dan memperkemas ikatan yang terasa menjerut leher. “Nama aku Qalif ” Qalif menghulurkan tangan untuk bersalam. “Nama saya Akid .. freshies.” .. balasnya sambil menyambut huluran tangan Qalif .. “Abang tahun akhir kat kolej ni ke?” .. “Abang?” Qalif buat muka pelik. “Muka ensem macam aku, kau panggil abang?” .. Erkkk… “Bukan ke?” Ehhh .. Akid gelabah. “Sorry, sorry.” .. Qalif kemudiannya senyum. “Gurau je la.” Dia menggosok-gosok kepala Akid. “Yes, tahun akhir, but stop calling me abang. yuck, You make me sound old. Panggil Qalif je .. Do I make myself clear?” Akid membetulkan rambutnya. “Ya, Copy.” ... “Ouch, sorry pasal kau punya rambut. Now jom pergi dewan. Dah lambat ni. Sepatutnya kau ada taklimat keselamatan sekarang ni. Apesal lambat?” tanya Qalif lagi .. ishhhhh very the pegawai keselamatan la dia nih .. Danggg .. Kedua-duanya berjalan beriringan menuju ke dewan. “ Tadi daftar last. Tu yang lambat sikit ni.” .. Mereka berdua melintasi Koridor Ilmuwan sebelum sampai ke Taman Exora. “Depan tu dewan. Pergi masuk. Aku ada hal kejap. Nanti kalau ada apa-apa hal, jumpa aku. Chow.” Qalif terus berlalu meninggalkan dia bersendirian memasuki dewan yang telah lama penuh dengan freshies .. Lewat .. Malu lagiii … aduhhh …



Okay, sekian , tamat di sini sahaja EP1.
What a world! Senior year memang heaven …


Bersambung . . .


No comments:

Post a Comment

Say sumthin fellass ! This box is all yours .. Thanks for droppin by !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...