![]() |
Mohd Qalif Firdaus aka mamat Singa [ gambar hiasan ] |
Dia menanggalkan pakaiannya. Panas + rimas .. pasti lebih selesa dan lebih bebas bergerak kalau pakai boxer je.. dalam bilik je pun, paling roomates je yang tengok. Segan dan malu tolak tepi dulu, mana-mana yang berani usha tu dia berkira-kira untuk jotos je biji matanya biar jadi Kassim Selamat .. tak padan dengan perwatakkan yang baik dan sopan, ternyata ada sisi ganas juga tersembunyi dalam dirinya..
“Urghhhh .. baik aku mandi cepat. Kang nanti semua orang dah balik, berebut-rebut pulak nak mandi.” .. Dia pantas mengeluarkan tuala dari dalam almari lalu dililit ke pinggang .. kemudian dicapainya bekas mandian lalu dia cepat-cepat beredar ke bilik air pada kadar sesegera yang mungkin.. mampus kalau budak-budak dah ramai kang jadi macam public bath kat korea pulak .. ngeri ...
Ketika menjengah ke dalam bilik air akid menghela nafas lega kerana ternyata bilik air masih tak ada orang.. Ehhh wait !!! NoOoo !!! ... i am not alone.. Qalif !! Singa !! Goshhh ... Qalif yang sedang bercukur memandang ke arah Akid sejurus Akid menjengah beberapa langkah masuk ke dalam bilik air.. Akid hanya mampu tersenyum kelat memandang Qalif yang hanya berboxer je.. BOXER okay! Seriously!!! Dushhh .. Owhh Okay, ini memang Gila!! Sangat-sangat Gila sebenarnya!! .. Bapak seksi mamat ni.. Haizzz .. Tak reti malu ke pe? At least aku pakai tuala la jugak nak cover boxer aku tadi. Mamat singa ni slumber mak pak dia je berlenggeng ngan boxer .. Hmmm, terlanjur da sampai bilik air, redah jela Akid, cooool, relax, tayang muka tak berdosa kau tuh.. Akid menyedapkan hatinya .. Nak tak nak Akid terpaksa jugak teruskan niatnya untuk mandi .. Dalam keadaan sekarang tak ada istilah U-turn lagi dah.. redahhh..
Akid menonong mendekati sinki dengan senyum plastik yang memang obvious sangat plastiknya.. Pedulikan, plastik ke, lipstik ke, chopstik ke .. persetan! Dia cuma ingin segera mandi dan segera beredar.. Akid cepat-cepat mengeluarkan berus gigi dan ubat gigi lalu menggosok giginya di sinki bersebelahan dengan Qalif.. ape punya bilik mandi la, satu aras punya ramai penghuni tapi sinki cuma ada dua je!!! Cilakak sungguh .. dia menyumpah-nyumpah biro pengurusan asrama di dalam hati.. “Macam mana tadi ceramah keselamatan? Okay?” .. Qalif tergelak kecil sejurus bertanyakan soalan itu. Alahaiii dia mula dahhh.. Akid hanya mengangguk.. respond sepontan memandangkan mulutnya penuh dengan busa ubat gigi sebelum membasuh berus giginya di sinki. “ bosan la abang.. Opsss, silap, silap.. okay je tadi tapi bosan sikit laa, plus mengantuk.” Akid pantas menyedari kesilapannya sejurus Qalif mengerutkan dahi lalu memandang tepat kearahnya.. “ sorry la, tersasul.” Akid tersenyum kelat.. Alahai mamat singa nih.. tersasul je pun, tak payah la buat muka camtu.. Dia tunduk.. Qalif cepat-cepat menggosok rambut Akid.. mungkin merasa bersalah sebab terlalu bertindak alpha dengan junior kut? Maybe .. Alaaa, junior tak junior sangat la pun kalau beza umur cuma setahun, plus and minus boleh kira masih sebaya je.. kann? Kannn?? Haizzz la singa seekor nih ... “ Its okay, tak ada orang dengar pun, its just two of us here, but make sure you say it right next time.. Nanti dah lama-lama kau biasa la ber-kau aku kat sini.” Ujar Qalif sambil beredar masuk ke dalam shower booth dan menutup pintu...
Akid memandang cermin
selepas itu, merenung wajahnya sendiri.. Erkkk, kenapa jantung aku berdegup
kencang ni? Apesal tetiba rasa nak meletup je ni? Aduiiii.. oiii jantung!
tak perlu la nak berdegup laju sangat, dup.. dap.. dup.. dap... bukannya aku berjogging pun, cuma mungkin
sedikit cuak sebab mamat singa itu kelihatan begitu seksi tadi.. SEKSI ??? okay,
Now that is creepy! ... Delete, delete, delete... ishhh … Budak tu memang tak tahu malu ke ape? .. Dia menggumam
sendirian, bertanya soalan demi soalan dan menjawabnya sendiri .. poor Akid.. Bunyi
pancuran air dari shower booth Qalif jelas kedengaran berselang seli dengan
suaranya yang tenggelam-timbul bersiul-siul kecil.. lagu ape ntah.. biarkan la si
luncai terjun dengan labu-labunya.. persetankan!!! Akid merenung cermin
dihadapannya lagi. Satu demi satu persoalan muncul di dalam benak nya .. Boleh
ke aku survive kat kolej ni? Boleh ke aku hidup dengan persekitaran yang
menyiksakan ni? Aku dah malas gila kalau melibatkan sekolah asrama ni. Apa sebenarnya
rancangan mama dan papa? Tak kesian ke kat putera tunggal diorang ni? Isk isk
isk isk .. rasanya kalau bersendirian dah lama air mata dia berjuraian jatuh..
“Akid!” .. dia
tersentak... very the lamunan terhenti sungguh!! potong stim. “ yap” dia menjawab malas,
Singa ni nak apa pulak? Adehhh .. mamat singa itu membuka sedikit pintu shower booth menampak kan kepalanya keluar sedikit. “boleh pinjam
shower cream ko sikit tak? Aku terlupa nak bawak aku punya la, bilik air aras 2
tengah on repair.” .. Lorrr mandi sampai ke aras empat? .. Pelik dan amat pelik..
apa yang pasti, pepatah jauh perjalanan luas pemandangan hilang kesesuaian
dengan kes mamat singa nih.. Whatever la kan! .. “Okay” Akid mengangguk lalu pantas mencapai botol
shower cream dettol miliknya dan menyerahkannya kepada Qalif. “Thanks.” Ucap Qalif sebelum menutup
kembali pintu booth.. .......
Again.. Jantung Akid kembali berdegup laju.. Terasa macam ada kuda berlari dan melompat-lompat kat dalam jantung dia.. Pembetulan, ladang kuda lebih tepat since its stumble here and there inside his chest - jantungnya terus-terusan berdegup laju! Haaa.. sebab curi-curi pandang la ni .. Qalif tadi dilihatnya sangat sexy.. Dengan rambutnya terjuntai basah, renik-renik air yang bersisa di mukanya yang halus selepas dicukur bersih sebentar tadi membuatkan wajahnya kelihatan amat menggoda... Ohmaigadddddd .. Itu semua membuatkan Akid macam nak pengsan!!! Cover Akid, COVER... Apesal kau ni haa? Buang tebiat ke apa? Whats wrong with you Akid?

Kenapa dengan kau ni
oii ??? Takkan
la kau spontaneously BER-minat dekat Qalif kot.. Eiiii.. SINGA!.. takkan laa! mustahil! impossible! .. Kau jangan main gila akid!!!
Celaru, haru-biru dan kelabu asap je pemikirannya saat ini .. Akid menggeleng-gelengkan kepala tanda protes pada dirinya sendiri sebelum mencapai botol syampu dan shower cream miliknya lalu masuk ke dalam shower booth bersebelahan dengan booth tempat Qalif mandi.. Untung ada spare shower cream, botol kecil dari travel pack ketika melancong bersama mama dan papa ke singapura bulan lepas, kalau tak.. sudahnya dia kena la melanguk tunggu Qalif selesai mandi barulah dia boleh mandi.. Akid membuka pancuran air, air sejuk menderu menimpa kepalanya dan mengalir membasahi segenap lekuk di tubuhnya.. Sejuk dan amat menyegarkan ..
Dia amat malas dan sangat-sangat tak suka pergi ke sekolah berasrama. Mama dan papa memang gila! Jahat! Komplot apa yang mereka rancang kali ni, dia sendiri pun tak tahu.. Dah la kolej ni hulu semacam. Memang la, tak dinafikan sekolah ni cantik. Nama pun gah. Reka bentuk senibinanya ala-ala zaman victoria dengan lanskap dan taman ala inggeris. Vintage sangat.. Ya. Dia mengaku, dalam rasa benci menduduki kolej ini dia masih tetap mengagumi senibina nya.. Hanya senibina nya okay! Tak termasuk manusia-manusia yang berada di dalamnya.. No, Not yet.. It may take sometimes to win me over.. yes! Sometimes..
Tapi , kenyataannya dia kena belajar dan menjadi penghuni tetap di sini selama 2 tahun. 2 TAHUN weiii .. Hurmmm, lama lagi. Ini baru hari pertama Akid. More days to go. Air sejuk dari shower tap berjujuran menuruni rambut dan mengalir melalui lekuk-lekuk di badannya, dia menolak rambutnya ke belakang.. .. Esok dah mula kelas. Haizzz.. Sekejap je kan? Air dingin terus mengalir laju. Sejuk.. namun kedinginan itu tetap tak mampu memadam kerisauan dia yang paling utama.. Freshies dan ragging adalah tradisi kebanyakan sekolah dan kolej yang amat-amat digeruninya! Dan dia pasti malam ni mesti ada sesi ragging oleh pelajar senior.. Aduhhh .. Kecut pulak perutnya memikirkan nasibnya andai dijadikan mangsa pelajar senior nanti .. Gulpppp ..

-------------------------------------------------------------------------------
“Nama aku Iman.”
Perkenal seorang budak lelaki yang sasa badannya. Tapi bagi Akid, budak lelaki
itu agak menyeramkan. Memang la kalau budak perempuan tengok si Iman ni akan
terjerit, terpekik dan terlolong macam kena histeria, sebab si Iman ni memang cutting
atlet. Muscle berketul sana sini tapi entah kenapa, Akid tak berapa suka sangat
dengan gaya si Iman ni. Mungkin kerana budak ni nampak macam bongkak dan
berlagak bagus .. kut.. Tetapi malangnya sekolah ni fully boys, so bebudak yang
berbadan petak ni tak dapat la fuel up ego dan pride memasing sebab tak akan
ada orang yang bersorak dan terjerit jerit memanggil nama mereka.
“Aku ketua blok
ni. Dekat blok ni ada 5 aras. Ketua bagi aras 1 ialah Johan.” Seorang budak
lelaki mara ke depan. Specky guy. Tak nampak nerd sangat. Rambut pendek ala-ala
askar. “Ketua bagi aras 2 ialah Qalif.” Qalif mara ke depan sambil tersenyum
dan mengangkat tangan mesra.. Ooooo jadi singa ni ketua aras 2 la ehh? .. patut la masa
bertembung di bilik mandi siang tadi dia ada cakap pasal aras 2 .. Ketua aras 2
rupanya, ketua dan singa.. hmmm, matching, sesuai sesangat.. “ ketua bagi aras
3, Amri.” .. Kemudian mara ke depan seorang budak yang mukanya macam cina.
Matanya sepet macam mata Ichimaru Gin dalam cerita Bleach tu. Haizzz si Akid nih..
Kau boleh buat lawak la pulak. Ni mesti sebab overdose tengok kartun..
Kanak-kanak ribena sangat la kau ni Akid.. “ketua bagi aras 4, Imran.” ..Imran
mara ke depan. Ooo, jadi ni la ketua aras aku ehh. Nampak macam baik. Pakai
baju melayu dan berkain pelikat.. Nampaknya bolehlah dia menarik nafas lega,
lega selega leganya .. dia bimbang andai yang muncul sebentar tadi seekor
rimau, saudara jauh mamat singa yang berkuasa di aras 2 .. “dan ketua bagi aras
5, adalah aku sendiri, Iman. Jadi, aku, Johan, Qalif, Amri dan juga Imran yang
akan jaga korang semua kat sini. Dalam satu aras, ada lebih kurang 10 bilik.
Dalam 1 bilik pulak ada 4 orang. Maknanya, setiap ketua aras akan jaga hampir
40 orang. Untuk korang semua sebagai junior, tadi aku baru check, dalam setiap
aras hanya ada 4 bilik sahaja, the rest is your senior” .. Senyap .. Semua memberi sepenuh
tumpuan pada kata-kata Iman. Iman merenung budak-budak junior dengan wajah
dingin. “Untuk bebudak junior. Tugasan pertama korang ialah dapatkan semua
tanda tangan senior yang ada di blok ni. Aku nak esok malam! Faham!!?” .. Kedengaran suara menggumam
paham yang perlahan tapi masih boleh didengar, Cuma nadanya rendah dan kurang
bersemangat... “ Aku tanya ni! Paham ke tak!! ?” tengking Iman lagi.. “paham!” Semua
menjawab serentak, lebih nyaring dan kuat dari tadi. “Okay. Now semua boleh masuk bilik. Dismiss
!!! ” .. Akid
bangun tapi otaknya ligat berfikir. Semua?? Mak aihhhhh, dia ingatkan tandatangan
senior satu aras je? ni yang dia malas ni. satu blok woi!!! Gila!!! banyak tu..
Mata dia sebetulnya sudah mengantuk se-sangat. Dah tak larat nak bukak mata lebih
lama lagi dah. M.E.N.G.A.N.T.U.K - TITIK ! Dia menguap sambil membontoti
langkah roomate nya Amir.. Saat lalu di depan Qalif si singa itu, dia cuba
melemparkan senyum mesra terhadap Qalif tetapi malangnya Qalif hanya buat bodoh
tanpa sebarang respond pun! Memandangnya pun tidak! Dasar SINGA. Phuiiiiiii.. Okay Akid, silalah malu sekarang dengan kadar
kelajuan cahaya.Teleport pindah pluto terusss.. Mukanya terasa panas, merah padam menahan malu yang teramat, saat
tindak tanduknya turut diperhatikan oleh ramai senior yang turut berkumpul di
situ, terutamanya ketua aras 1 iaitu Johan yang merenungnya tajam dari tadi. Akid telan liur.. Gulppp ..
Kering, mana pergi air liurnya pun dia tak tahu.. Mamposss laa kau, ade aku k*.
Akid mempercepatkan langkah masuk ke bilik mendahului 3 roomates nya yang lain. Tido Tido dan Tido .. Esok kelas start pukul 8 pagi. Kalau tidur lambat mahu kena maki dengan cikgu nanti.. Silap haribulan kena denda pulak .. Haru .....

Bersambung . . .
No comments:
Post a Comment
Say sumthin fellass ! This box is all yours .. Thanks for droppin by !